Showing posts with label All News. Show all posts
Showing posts with label All News. Show all posts

Sunday, February 14, 2010

Aktiviti Terbaru............2

Salam semua,
Agak sibuk beberapa minggu ini, sampai nak up-date blog pun tak sempat. Awal tahun ini juga permintaan keatas kambing sembelihan agak baik rezeki, Alhamdulillah..

Dlm beberapa minggu ini juga, beberapa lawatan dari pihak luar telah sudi melawat ladang ternakan kami. Diantaranya adalah :
1. Pn Zuliha Yahya, Pensyarah Fakulti Pertanian dan Bio-teknologi, University Darul Iman

2. Dr. Mohd Aluwi Sari, GCEO, Anak Syarikat & Agensi Kerajaan Negeri, Jabatan Ketua Menteri Melaka

3. Tuan Ibrahim Bin Bujang, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka

4. Tuan Haji Kamalulail, PA kepada Tan Sri Rahim, Pengerusi RISDA

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan ternak yg sudi meluangkan masa melawat ladang kami seperti teman saya Hj Zul Pancing Ternak Kuantan, Hj Muslim Pegoh Ternak Enterprise dan lain2nya.

Pada teman ternak berbangsa Cina, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, semoga tahun ini memberikan lebih kemakmuran kepada semua.

Norman Abd Rahman

Monday, January 18, 2010

Aktiviti Terbaru..............

Salam semua,
Dari minggu lepas sehinggalah hujung minggu ini, saya begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti di ladang dari membersih kandang / ladang, menerima beberapa tetamu yg melawat, pertanyaan dan pesanan keatas makanan yg kami keluarkan dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah...order untuk makanan yg kami tawarkan dari bulan ke bulan makin bertambah dan minggu lepas kami menerima single order terbesar kami hehehe. Dalam masa yg sama kami juga mula melihat permasalahan baru didalam industri penternakan iaitu penggunaan peralatan yg sesuai terutama Mixer makanan kambing dan juga mesin chopper yg benar-benar dpt memotong sehalus mungkin.

Saya bersama beberapa rakan dari bidang kejuruteraan dan fabricator akhirnya telah dpt menghasilkan Mixer bagi bancuhan makanan kambing yg amat diperlukan terutamanya penternak seperti saya. Hari ini saya telah menjalankan try run dan hasilnya amatlah memuaskan iaitu final product dpt dibancuh sehingga 95% serata didlm masa 5 minit sahaja.

Mesin pembancuh makanan ternakan

Motor 2HP single phase yg digunakan

Bahagian dalamnya yg dpt menampung 80 - 100kgs bancuhan

Begitu juga chopper yg dapat memotong sehalus 8mm saiz final product. InsyaAllah mesin ini boleh didapati didalam 3 jenis motor iaitu 2hp single phase, 5.5hp petrol engin dan 8.0hp diesel engine. Dibawah ini gambar-gambar mesin yg belum siap sepenuhnya.

Mesin chopper 4 mata pisau

Bahagian depan auto feeder yg di gerakkan oleh gear

Bahagian sebelah belakang.....tak siap sepenuhnya lagi

InsyaAllah jika segalanya berjalan lancar, saya akan war-warkannya didalam post yg akan datang. Yg pasti saya akan menggunakan produk ini dululah......tunggu................

Oklah kita layan dulu gambar-gambar kambing pula yg sempat saya ambil petang tadi semasa di ladang. Rupanya musim induk-induk di SGI beranak telah tiba lagi hehehe.

Pejantan kami dari ladang Jim Boer


Beratnya....lebih berat dari saya hehehe

Umurnya baru masuk 2 tahun

Ni anak pertama bapak diatas

Camana? Comel!!! Ada lagi yg akan lahir

Pada yg masih ragu-ragu akan keberkesanan makanan yg kami sedang promote ini, silalah melawat ladang kami untuk melihat hasilnya.

Norman Abd Rahman

Sunday, December 13, 2009

Makanan Kambing

Salam semua,
Antara kos utama didalam penternakan kambing adalah kos bagi makanan kambing. Banyak kali kami mendengar akan rungutan dari para penternak tentang kos makanan yg terpaksa mereka tanggung. Nak beri makan pallet saja, nanti kambing gemuk, tuannya yg kurus. Ialah harga pallet pula asyik dok naik aje. Nak guna rumput napier, kita kekurangan kawasan tanaman.

Bagi mengatasi masalah ini, kami ingin berkongsi formula makanan yg telah terbukti memberi kesan keatas kambing2 kami dan juga telah banyak membantu kami mengurangkan kos makanan sehingga 50%.

MAKANAN ASAS KAMBING

Antara kandungan nutrien makanan kambing ini adalah :
1) Bakan kering 33.83%
2) Protien kasar 14.50%
3) Serat kasar 21.84%
4) Lemak kasar 6.65%
5) Jumlah abu 5.88%
6) Ekstrak tanpa nitrogen 52.12%
7) Jumlah nutrien tercerna 68.86%
8) Tenaga metabolisma 10.41%
9) Kalsium 0.39%
10) Fosforus 0.23%


PRODUK AKHIR

Kepada penternak yg berminat untuk mendapatkan makanan kambing ini bolehlah menghubungi saya, NORMAN ABD RAHMAN, hp no. 019-3242241. Harga yg kami tawarkan :

a) Makanan asas kambing - RM24.00 / tong

b) Makanan asas kambing yg telah dipertingkat dengan serat - RM17.00 / tong

Nota #
1. Harga yg ditawarkan tidak termasuk kos tong dan kos penghantaran.


Norman Abd Rahman

Saturday, October 31, 2009

DAHULU DAN SEKARANG = setahun penubuhan

Salam pada semua
Alhamdulillah, sedar tak sedar SGI Farm telah beroperasi genap setahun dan pelbagai suka dan duka telah kami lalui sepanjang setahun perjalanan kami. Dalam tempoh itu juga, pelbagai ilmu dan pengalaman yang kami perolehi samada daripada mereka yang berpengalaman dan juga daripada try n error dari kami sendiri.

Berikut adalah antara sorotan beberapa kisah yang berlaku sepanjang setahun kami beroperasi


Kalau ada yang masih ingat pada anak pertama kelahiran kandang kami (kancil) yang kini berumur hampir 6 bulan. Setelah melalui bermacam2 try n error untuk mencari formula pemakanan yang paling baik, akhirnya kami dapat merumuskan satu formula dan kaedah pemakanan yang terbaik dan ini adalah hasilnya.


Dan ini pula 5 anak cerai susu yang kami culik pakai estima tempoh hari.


Setelah 8 bulan berada di kandang kami dan melalui proses breeding, akhirnya sebahagian daripadanya berjaya dibuntingkan dan berikut adalah antara gambar2nya


Dan ini adalah buck yang bertanggungjawab membuntingkan mereka, sapa lagi kalau bukan si Jim

Dan yang terakhir adalah rupa kandang kami setelah hutan di sekelilingnya diterangkan oleh jabatan pertanian yang khabarnya akan dijadikan sawah padi.

Begitulah sedikit sebanyak apa yang berlaku sepanjang setahun nih, nak diikutkan banyak lagi tapi kita akan highlight sedikit demi sedikit. InsyAllah untuk post akan datang, saya akan upload lagi gambar2 anak cerai susu kami yang dah bulat2 semuanya

Hmmm... tak ketinggalan juga, pada sesiapa yang berminat untuk memiliki local boer terutamanya anak cerai susu, stok ada lagi.. begitu juga dengan crossbred dan purebreed... kiranya jualan akhir tahun la nih.

Menjelang Hari Raya Qurban nih SGI Farm ada juga menyediakan stok untuk jualan qurban dan sila berhubung jika berminat..

Wassalam

Norman Abd Rahman

Friday, September 4, 2009

Kambing Untuk Dijual

JUALAN KINI DIBUKA

Setelah beberapa bulan bertungkus lumus memastikan kambing-kambing kami sihat dan dapat menerima persekitaran baru, kini kami bersedia untuk melepaskan kambing-kambing tersebut seperti berikut :

1) Crossbred boer F1/F2, 40 ekor, RM650.00 - RM750.00 se-ekor

2) Purebred boer, 20 ekor, RM900.00 - RM1150.00 se-ekor

3) Fullblood boer buck with certificate, 5 ekor, RM2450.00 - RM2950.00 se-ekor

Harga yg ditawarkan adalah Ex-kandang. Pada yg berminat boleh berhubung dengan saya, Norman, +6019-3242241 atau emailkan sebarang pertanyaan ke alamat sgi.farm@gmail.com









Thursday, August 6, 2009

Program Penternakan & Rekod Binatang Ternakan

Salam semua,
Apabila kambing ternakan kita bertambah, maka bertambah celarulah kita dibuatnya jika tidak mempunyai sistem penternakan dan rekod2 yg sesuai diguna pakai. Mulalah kita pening, bila nak masukkan jantan, nak masuk jantan ni ngan betina yg mana, yg anak baru lahir pula camana, camana nak identified anak dari kandang sendiri pabila besar tak tercampur ngan bapak atau ibunya sendiri dan bermacam lagilah yg akan kita jumpa.

Jika kita mempunyai duit yg lebih mungkin bolehlah membeli breeding software di internet dan mana2 tempat yg ada menjual software. Akan tetapi jika kita guna software ini, silap2 kita tak paham nanti hehehe. Bagi kami warga SGI pula, kami create sendiri berdasarkan pemerhatian dan pengalaman singkat membela kambing boer.

Oklah hari ini nak cerita sedikit apa yg kami praktikkan di ladang kami. Mungkin ada yg boleh dan sesuai diguna pakai di ladang saudara saudari, tapi jika ada kekurangan kami mintalah di tunjukkan kesilapannya dimana. Dengan cara ini dptlah kita berkongsi ilmu secara yg sepatutnya.

A) Program Penternakan (Breeding Program)


1. Mating Plan
- Pastikan jantan dan induk2 yg akan disatukan
- Pastikan kambing yg akan disatukan telah di vaksin serentak bagi memastikan kesihatannya
dan anak yg bakal lahir dilindungi secara maksimum
- Satukan pejantan dan betina didalam ratio 1 : 20 bagi memaksimakan kegunaan pejantan
- Pastikan no tag pejantan dan betina telah diambil beserta no paddock
- Pejantan dan betina disatukan selama 42 hari dan maksima 2 bulan

2. After Mating
- Asingkan pejantan dan betina
- Pejantan diberikan rawatan pemulihan & betina berkemungkinan perlukan makanan yg sesuai
yg lain
- Betina akan kita berikan perhatian lebih bagi memastikan ianya telah bunting
- Buat pengasingan jika terdapat betina yg belum bunting bagi diguna kembali untuk circle ke 2
- Pengasingan pejantan adalah didalam masa 30 hari ke 60 hari

3. Mating Plan (2nd Batch)
- Proses sama seperti di (1) akan digunakan
- Pastikan jantan dan induk2 yg akan disatukan termasuk betina dari batch pertama yg tidak
bunting jika ada
- Pastikan kambing yg akan disatukan telah di vaksin serentak bagi memastikan kesihatannya
dan anak yg bakal lahir dilindungi secara maksimum
- Satukan pejantan dan betina didalam ratio 1 : 20 bagi memaksimakan kegunaan pejantan
- Pastikan no tag pejantan dan betina telah diambil beserta no paddock
- Pejantan dan betina disatukan selama 42 hari dan maksima 2 bulan
- Proses sama seperti di (2) akan digunakan

- Dlm masa yg sama, betina dari mating pertama berkemungkinan ada yg akan beranak
- Betina yg beranak akan diasingkan sendirian untuk jangkamasa 2 ke 3 minggu
- Betina yg beranak akan diasingkan dari bercampur pejantan selama 3 bulan
- Anak2 yg lahir akan diberikan no tag apabila mencecah 3 ke 4 minggu dari tarikh dilahirkan
- Betina yg sama dpt kita maksimakan pengeluarannya sebanyak 3 kali dlm 2 tahun jika kita
benar2 mengikuti sepertimana proses diatas

B) Data Pejantan / Induk / Betina

- Form ini kami gunakan bagi merekodkan semua pejantan dan betina yg kami ada
- Untuk anak2 yg dilahirkan di ladang kami, form ini akan kami gunakan apabila anak kambing
tersebut berumur 6 bulan dan keatas
- Bagi kami, form ini amat berfaedah terutama apabila kambing mempunyai masalah atau sakit
- Segala rekod lampau penyakit dan rawatan boleh kita rujuk dengan hanya melihat kembali
data2 yg tersimpan dan seterusnya membantu kita mengambil langkah yg tepat dan berkesan
serta pantas

C) Paddock Details

- Form ini kami gunakan bagi pejantan dan betina yg di campurkan bersama
- Ini akan dapat memastikan anak2 yg akan lahir berasal dari betina dan pejantan yg mana
- Form ini juga boleh kita gunakan bagi identified mana2 pejantan atau betina yg kurang
bermutu daripada terus kita gunakan nanti.

D) Kids Detail

- Form ini kami gunakan bagi merekod mana2 kelahiran anak2 kambing di ladang
- Dengan menggunakan form ini, kami dpt memastikan umur, ibu dan bapak anak kambing
tersebut, jenis kelahiran, jantina dll dengan cepat
- No tag direkodkan secara berturutan berdasarkan tarikh lahir anak kambing tersebut
- Anak2 yg terbaik akan dapat kita pastikan bapak dan ibunya bagi rekod ladang
- Form ini akan byk membantu kita semasa ditanya pelanggan
- Bagi anak yg telah dewasa dan sesuai untuk dipasangkan, dengan merujuk kepada form ini
kita dapat mengelakkan anak2 tersebut tercampur kepada bapat atau ibunya sendiri.

E) Treatment Record

- Kami gunakan form ini yg disimpan mengikut bulan
- Byk kami gunakan semasa melakukan rawatan terhadap kambing yg tidak sihat atau bagi
tujuan pemberian vaksin berkala
- List ubat2an yg digunakan mungkin berlainan dari satu ladang ke ladang yg lain
- Form ini banyak membantu bagi rawatan yg berulang dan memudahkan kita mengenal pasti
jenis ubat yg telah digunakan.

So...teman2 ternak semua, inilah sedikit sebanyak pengalaman yg ingin kami kongsikan buat post kali ini. InsyaAllah jika ada yg lain2 yg boleh kita kongsikan, akan juga saya postkan nanti.

Wassallam.

Norman Abd Rahman

Friday, July 31, 2009

Lawatan Dan Rawatan Berkala JPV Melaka

Salam semua,
Pada 30hb June 2009 yg lalu, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Melaka telah melakukan lawatan berkala ke ladang SGI Farm. Pihak JPV telah memasukkan kami, SGI Farm, ke dalam satu program iaitu skim ladang teras kalau tak silap sayalah hehehe...lupa lak.

Apa2 pun terima kasih banyak2lah kepada pihak JPV Melaka terutamanya Puan Siti dan juga 3 lagi pembantu beliau yg menghabiskan masa selama sehari untuk memberikan rawatan, melakukan suntikan vaksin, rawatan ubat cacing dan mengambil darah bagi tujuan mengesan penyakit2 seperti FMD, Brucella dan sebagainya.

Bawah ni saya selitkan beberapa gambar semasa aktiviti diatas sedang dijalankan.

Perbincangan bersama barn cordinator kami, Wak Parman. Kambing mana nak cucuk dulu hehehe

Ibu dan anak pun tak lepas, kena gak

Ni nak amik darah atau sesi soal jawab

Melawan lak dia ni

Wak ni memilih betul, Pn Siti je yg dibantu

Hidung pun kena check, bagus gak, takut ada jangkitan selsema babi hahaha

Letihnya, dah berapa ekor ek?? Kena kira balik ni

Alahai...terkentut lak

Betul ke kau kata jarum ni tak pakai lagi!!!!

Wak yg ni last ke wak!!

Kesemua kambing kami sebanyak 300 ekor selamat menjalani rawatan dan fizikal check up. InsyaAllah, keputusan dari sample darah yg diambil akan kami ketahui hujung bulan ini nanti. Harap2 tiadalah apa2 masalah, barulah kami tahu susahnya nak menjaga kambing hahaha. Apa2 pun sekali lagi ribuan terima kasih kami ucapkan kepada JPV Melaka yg sudi membantu dan memasukkan kami ke dalam program kerja bulanan mereka.

Norman Abd Rahman

Wednesday, July 29, 2009

Lawatan Agroworld Ke SGI Farm

Salam semua,
Agak lama tak update blog dek kerana sibuk dengan kerja2 lain selain daripada hal2 berkaitan kambing. Biasalahkan....dek kerana perbelanjaan kita yg pelbagai maka kenalah kreatif untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.

Pada 25hb July 2009, tepat jam 2.30pm, warga SGI telah menerima kedatangan konvoi daripada Agroworld sepertimana yg telah pun mereka dan kami rancangkan. Matlamat utama konvoi ini dirancang adalah untuk memberi peluang kepada para penternak, bakal penternak dan semua yg terlibat untuk meluaskan network dan seterusnya menimba sedikit sebanyak pengalaman yg ada daripada ladang ternakan yg akan dilawati.

Bagi kami warga SGI, amat berbesar hati apabila dipilih oleh urusetia Agroworld sebagai salah satu ladang yg mereka pilih untuk dilawati oleh konvoi mereka. Terima kasih kepada Cik Mimiey yg bertungkus lumus memastikan konvoi mereka berjalan dengan lancar. Hari yg sama juga, kami mengambil kesempatan mengadakan kenduri doa selamat di sebelah pagi. Ianya dimulakan tepat jam 12.00 tengahari dan Alhamdulillah telah dihadiri oleh orang2 kampung kami secara beramai-ramai.

Dibawah ini kami selitkan beberapa gambar semasa kedatangan konvoi Agroworld ke ladang kami.


Khemah khas yg didirikan bagi menempatkan para tetamu

Tetamu menikmati makan tengahari. Yg pasti kari kambing boer kami sediakan

Periuk belanga kami pun dibukanya

Kata2 aluan dari Farm Owner & juga taklimat khas ringkas berkenaan Animal Record Practise di SGI Farm

Sesi perbincangan terbuka antara pelawat dan SGI Farm

Perbincangan yg turut disertai oleh En Hamid, Setiausaha Persatuan Penternak Kambing Bumiputera Melaka.

Peserta melakukan lawatan ke kandang-1

Sempat berborak lagi di platform

Sesi bergambar

Kami, warga SGI Farm sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada konvoi Agroworld yg telah sidu melawat ladang kami yg tidak seberapa ini. Diharap lawatan singkat ini akan dpt mengeratkan lagi hubungan kita sesama penternak. Kami juga memohon maaf andaikata ada kekurangan yg tidak disengajakan semasa kedatangan semua peserta konvoi Agroworld.

Norman Abd Rahman

Thursday, June 11, 2009

Kandang baru kami

Salam semua,
Baru upload post baru, ni lagi post terbaru hehehe. Ialah bukan apa, sementara sedang free tak kemana-mana, yu yg rajin dok update blog. Kali ni saya nak kongsi gambar kandang baru kami yg telah pun dipenuhi dengan kambing2 boer kami yg juga baru sampai.

Gambar kandang dari sisi

Ada beberapa perubahan yg agak ketara telah kami lakukan di kandang terbaru ini jika hendak dibandingkan dengan kandang yg lama. Perubahan2 yg kami lakukan adalah berdasarkan pemerhatian singkat kami keatas kandang pertama dan juga pemerhatian yg kami lakukan keatas beberapa kandang rakan2 ternak yg lain. Yg pasti antara rumusan kami dapati adalah seperti berikut :
a) Sifat semulajadi kambing boer yg menanduk diantara 2' dan kebawah sahaja. Jarang terjadi boer menanduk lebih tinggi daripada 2'.

b) Menggantikan BRC dibahagian atas iaitu sekitar 2' telah banyak membantu kami menjimatkan penggunaan kayu dan seterusnya mengurangkan kos pembinaan kandang.

c) Kami juga dapati keadaan kandang yg lebih kemas, teratur dan terasa luas pandangannya. Yg pasti jika kita berdiri di satu sudut dan melihat ke arah sudut terjauh, segalanya agak jelas tanpa ada apa2 halangan.

d) Memudah dan seterusnya mempercepatkan pembinaan kandang untuk kontraktor yg terlibat membinanya

Bersama ini saya sertakan sekali gambar2 yg sempat kami ambil buat tatapan saudara ternak semua.


Diambil daripada platform yg membahagi antara kandang 1 dan 2


Berdisplin je crossbred ni makan.....kannnn....


Meriahnya makan saling bertentang mata, yg pasti Parman yg terlentang cari rumput haha


Close up crossbred dan purebred makan bertentangan


Gambar ni kawan amik dari atas


Ni pun sama gak, baik tak tergolek ke bawah


Yg pasti kandang nampak luas seluasnya


Tangga diantara dua kandang, platform dan kawasan bancuh makanan


Pandangan bawah kandang


Gambar kandang 2 dari sisi tepi

So....pada teman semua yg berminat nak datang melawat, teponlah dulu takut saya kemana-mana lak. Boleh kita sembang panjang lagi.

Wassallam.


Norman Abd Rahman