Salam semua,
Baru upload post baru, ni lagi post terbaru hehehe. Ialah bukan apa, sementara sedang free tak kemana-mana, yu yg rajin dok update blog. Kali ni saya nak kongsi gambar kandang baru kami yg telah pun dipenuhi dengan kambing2 boer kami yg juga baru sampai.
Ada beberapa perubahan yg agak ketara telah kami lakukan di kandang terbaru ini jika hendak dibandingkan dengan kandang yg lama. Perubahan2 yg kami lakukan adalah berdasarkan pemerhatian singkat kami keatas kandang pertama dan juga pemerhatian yg kami lakukan keatas beberapa kandang rakan2 ternak yg lain. Yg pasti antara rumusan kami dapati adalah seperti berikut :
a) Sifat semulajadi kambing boer yg menanduk diantara 2' dan kebawah sahaja. Jarang terjadi boer menanduk lebih tinggi daripada 2'.
b) Menggantikan BRC dibahagian atas iaitu sekitar 2' telah banyak membantu kami menjimatkan penggunaan kayu dan seterusnya mengurangkan kos pembinaan kandang.
c) Kami juga dapati keadaan kandang yg lebih kemas, teratur dan terasa luas pandangannya. Yg pasti jika kita berdiri di satu sudut dan melihat ke arah sudut terjauh, segalanya agak jelas tanpa ada apa2 halangan.
d) Memudah dan seterusnya mempercepatkan pembinaan kandang untuk kontraktor yg terlibat membinanya
Bersama ini saya sertakan sekali gambar2 yg sempat kami ambil buat tatapan saudara ternak semua.
So....pada teman semua yg berminat nak datang melawat, teponlah dulu takut saya kemana-mana lak. Boleh kita sembang panjang lagi.
Wassallam.
Norman Abd Rahman
No comments:
Post a Comment