Monday, June 8, 2009

Kambing boer baru kami

Salam semua,
Dibawah ini adalah beberapa gambar kambing boer baru kami yg sempat kami ambil bagi tatapan teman ternak semua. Nak lagi elok, baik datang ke ladang kami hehehe.

Ni fullblood registered stud buck yg di beli dari Jim Boer, bapaknya baka dari Amani Lancelot, umur 1 1/2 tahun



Ni fullblood registered stud buck, kami panggil Gajah, baka Mad Truck, umur 2 1/2 tahun



Beberapa fullblood registered stud bucks muda, umur diantara 10 ke 14 bulan



Fullblood un-registered red boer does, 10 bulan


Fullblood Stud Buck Red Boer kami, 10 bulan


Sebahagian fullblood registered stud does kami, umur 10 bulan



Barisan crossbred boer does kami, berumur diantara 10 - 12 bulan


Contoh salah sekor crossbred doe boer kami


Sebahagian purebred doe boer kami, umur diantara 10 - 12 bulan


Sebahagian lagi purebred doe boer kami

Walau bagaimana pun bukan semua yg dapat kami simpan. Tak sampai 12 jam selepas kedatangan kambing2 baru ini ke kandang kami, 2 ekor fullblood stud buck muda kami telah di sambar oleh rakan ternak berdekatan. Walau pun belum puas menatap kambing2 tu secara dekat, atas dasar persahabatan didalam bidang yg sama, kami lepaskan juga bucks tersebut. Ialah tak sampai hati pula kami, sedari malam ketibaan, saudara tu dah bersama-sama kami di MAS Cargo, kemudian langsung ke ladang kami sehingga jam 5.50am membantu kami memunggah kambing2 tu ke kandang. Jam 5.00pm dia datang semula ke kandang bawa lori terus minta bucks tu....hehehe tengah pening lagi kerana tak cukup tidur. Pandai dia, saya tengah mamai dia dok provok nak kan kambing tu. Apa2 pun terima kasihlah kepada teman network kami, saudara Mohd Nor dari Lereh kerana bersedia mengambil atau membeli kambing dari kami.

Nilah 2 ekor bucks yg saya lepaskan


Tuan punya baru siap posing kat lori lagi hahaha

Anyway, diam tak diam dah hampir 2 minggu kambing2 tu berada di kandang kami. Bermacam ragam telah kami jumpa, daripada monyok tak nak makan minum, berak cair dll lagilah. Alhamdulillah jika berdasarkan apa yg saya lihat hari ini, kambing2 tersebut sudah mula dapat menyesuaikan diri dan menerima makanan yg kami sediakan.

Ribuan terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada barisan staff saya, Sharul, Syaiful, Parman dan Hashim yg telah bertungkus lumus didalam 2 minggu ini mengendalikan kambing2 ini di kandang.

Wassallam.

Norman Abd Rahman

No comments:

Post a Comment