Alhamdulillah, sebagaimana yg telah kami rancang dan aturkan, akhirnya tepat jam 8.15pm, hari selasa, 26hb Mei 2009, kambing boer yg kami order dan pilih telah selamat sampai di MAS Cargo Animal Hotel menggunakan pesawat kargo MAS, MH6202 terus daripada Sydney, Australia. Kesemua kambing boer yg sampai telah melalui proses breeding protocol sepenuhnya sebagaimana yg telah dikehendaki oleh JPV Malaysia bagi tujuan pembakaan.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada clearance agent kami iaitu Syarikat Penghantaraan TWW Sdn Bhd yg telah mengendalikan ketibaan kambing boer kami dengan cekap dan juga cepat. Saya tak berapa pasti akan tetapi jika mengikut kata staff MAS Cargo, shipment kami sampai bersama-sama shipment untuk Ar-Raudhah dan juga PJ Livestock bagi kambing feral.
Kami berempat datang dari Melaka dan sampai jam 8.30pm bagi mengendalikan sebarang urusan berkenaan pemindahan kambing kami dari crate ke lori. Rupa2nya segalanya telah selamat diaturkan oleh agen kami hehehe. Yg pasti kami dok mengarah jelah malam tu, sampai sempat pekena teh tarik dan roti canai kat kafetaria MAS Cargo.
Jumlah keseluruhan kambing boer yg sampai adalah sebanyak 213 ekor yg telah disusun baik didalam 2 crate 3 tingkat. Ini adalah pengalaman pertama kami membawa masuk kambing dari luar negara dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan bantuan yg mesra daripada agen kami. Jumlah keseluruhan berat kambing yg kami bawa adalah 7,744 kgs hehehe. Mana taknya, berat purata bucks kami sahaja 65kgs se-ekor sementara does kami didalam lingkungan 35kgs. 2 ekor bucks yg kami beli iaitu daripada Jim Boer dan juga Moorefield beratnya telah melebihi 80kgs.
Yg pasti apa yg kami inginkan sebagaimana order kami telah pun selamat sampai. Diantara boer yg kami bawa masuk adalah seperti berikut :
1) Fullblood Registered Stud Bucks Boer - 9 ekor
2) Fullblood Registered Stud Buck Red Boer - 1 ekor
3) Fullblood Registered Stud Does Boer - 14 ekor
4) Fullblood Un-registered Stud Does Red Boer - 5 ekor
5) Purebred Does Brown Head Boer - 60 ekor
6) Crossbred Does Boer - 124 ekor
Dengan ketibaan kambing boer ini, jika di campurkan dengan apa yg telah sedia ada di ladang, kami telah pun memiliki hampir 350 ekor kambing boer yg dikhususkan untuk tujuan pembakaan sahaja. Kambing boer yg masuk terus dari Australia ini secara tidak langsung telah memenuhi target phasa ke-2 plan jangka panjang SGI Farm. Walau pun kemasukkan kali ini telah melebihi sasaran awal, ianya sedikit pun tidak menggusarkan kami kerana kami bercadang untuk melepaskan sebahagiannya kepada penternak2 yg berminat. Jadi kepada saudara penternak semua, jika berminat bolehlah berurusan secara terus dengan kami melalui email di sgi.farm@gmail.com atau menghubungi terus kepada saya, Norman, hp no. 019-3242241.
Payah betul nak keluar...seronok dok dlm tu agaknya
Dibawak ini saya sertakan gambar2 semasa urusan membawa keluar kambing kami dari MAS Cargo. Kesemua kambing kami dibawa balik ke ladang didlm 2 buah lori, sebuah trelar 40' dan satu lori 10 ton. Trelar 40' itu kami penuhkan dengan kambing betina saja sementara lori 10 ton khas bagi memvawa bucks kami.
Dibawak ini saya sertakan gambar2 semasa urusan membawa keluar kambing kami dari MAS Cargo. Kesemua kambing kami dibawa balik ke ladang didlm 2 buah lori, sebuah trelar 40' dan satu lori 10 ton. Trelar 40' itu kami penuhkan dengan kambing betina saja sementara lori 10 ton khas bagi memvawa bucks kami.
Kerja2 memindahkan kambing ke dalam lori mengambil masa yg panjang juga rupanya hehehe. Payah nak pujuk kambing2 tu pindah masuk ke lori, mungkin dah seronok dok dalam pesawat agaknya.
Yg pasti kami mula bergerak daripads komplek kargo tepat jam 11.45 malam dan sepanjang jalan balik ke Melaka, kami berada di belakang lori2 yg membawa kambing2 kami. Jgn main2 buat mereka corner tempat lain, haru biru nanti. Ada cerita gak masa dlm perjalanan ni, sampai tol Seremban, lori yg membawa bucks telah ditahan kereta peronda polis. Kami dah dapat agak apa yg mereka inginkan, kesian kat mamat bawak lori tu, walaupun ada semua dokumen masih tak reti nak menjawab. Akhirnya kami mengambil keputusan berhenti dan bersemuka dengan mamat polis tu. Siap diambilnya kad pengenalan mamat driver tu, kononnya nak bawa ke balai tapi berhenti kat tempat gelap, hampeh tul. Saya yg memang agak pantang benda2 begini berlaku depan mata, terus berjumpa dengan polis2 tu. Saya tanya 2 perkara saja, apa masalahnya dan kesalahannya. Mungkin dah termalu dan ada kemungkinan risau apabila kami beramai-ramai berjumpa polis2 tu, akhirnya lori kami dibenarkan meneruskan perjalanan. Jam 4.00 pagi akhirnya kami sampai Bukit Rambai, Melaka. Kami minta driver parking lori di depan sekolah menengah Bukit Rambai dan dari situ kami membawa masuk sedikit demi sedikit kambing2 tu menggunakan lori yg lebih kecil.
Akhirnya tepat jam 5.50pagi siaplah sepenuhnya kerja2 pemindahan kambing boer kami. Memang mengantuk dan penat tapi rasa seronok mengatasi segalanya.
Oklah nantikan gambar2 terbaru bucks dan does terpilih kami di post yg lain.
Wassallam
Norman Abd Rahman
No comments:
Post a Comment