Minggu ini kami agak sibuk dengan urusan kambing2 yg sakit dan juga masalah kandang ke-2 kami yg sedang dlm pembinaan. Alhamdulillah, masalah sakit kambing sudah kami atasi dan juga kandang-2 kami juga telah hampir 90% siap. Diantara sebab utama saya mendirikan kandang-2 ini adalah kerana pertambahan kambing2 boer kami hasil daripada breeding program yg kami lakukan dan juga bagi menempatkan kedatangan kambing2 boer kami yg telah saya sendiri pilih semasa di NSW penghujung bulan april yg lalu.
Segalanya bermula drpd pengalaman kami mula membeli kambing boer daripada pengimport tempatan yg akhirnya memaksa saya membeli saja daripada penternak tempatan apabila kambing yg kami telah bayar deposit, menanti selama 2 bulan masih tidak dapat di atasi. Lantas saya mengambil keputusan untuk menceburkan diri secara serius dengan mengambil langkah pertama iaitu dengan memohon daripada Jabatan Veterinar Putrajaya untuk mengimport kambing boer terus dari Australia. Setelah menanti hampir 3 minggu, akhirnya permohonan kami diterima dan diberikan kelulusan untuk mengimport kambing boer dari Australia sebanyak 500 ekor bagi peringkat awal yg mana boleh ditambahkan lagi kemudiannya. Bermula dengan ini dan ditambah dengan pengalaman lalu yg tidak saya lupakan, maka bermulalah episod baru ladang ternakan SG Integrated Farm.
21 - 22hb April 2009
Bertitik tolak daripada itu juga maka pada 21hb April 2009, saya secara bersendirian (dah biasa travelling sorang2 hahaha) telah terbang ke Sydney setelah berurusan melalui email dan telepon dengan kenalan ternak dari NSW sebelumnya. Akhirnya awal pagi jam 8am, 22hb April 2009, saya selamat sampai di Sydney Airport. Dari airport, saya mengambil teksi yg di panggil "happy cabby" dengan kos AUD90.00 untuk ke Greenhills. Perjalanan mengambil masa selama 3 1/2 jam sebelum saya berjumpa dengan contact saya iaitu pasangan suami isteri yg juga bekas pengadil pertandingan kambing dan sekarang mengusahakan kuarantin fasiliti bagi pengeksportan kambing2 ke luar dari Australia.
Tepat jam 12.00 tengahari, akhirnya saya bertemu muka juga bersama mereka iaitu Norma dan Collin yg begitu ramah menyambut kedantangan saya yg bersendirian. Masa saya sampai di Sydney, sebenarnya sedang mengalami perubahan cuaca dari sedikit panas kepada sejuk - nak masuk musim sejuk.
Setelah berkenalan sedikit sebanyak, kami mula bergerak ke Maitlands untuk makan tengahari. Banyak jugalah perkara yg kami bincangkan dan antaranya tentang red boer, black boer, adakah kami akan cukup kaki tangan untuk membuat selection dan juga aktiviti tagging kerana saya cuma datang bersendirian. Saya terpaksa bersusah payah menyakinkan mereka berdua yg saya bersedia, telah biasa dan sanggup membuat semuanya itu. Akhirnya mereka mengalah hehehe. Selepas makan tengahari (saya cuma makan sandwich telur je - takde makanan halal), kami bergerak ke ladang Norma di Paterson. Setelah mengambil barangan keperluan yg diperlukan seperti mesin tagging, tags number beberapa warna dan lain2nya kami mula bergerak ke Gulgong yg mana perjalanannya akan mengambil masa 3 1/2 jam lagi. Maka bermulalah perjalanan saya ke pendalaman Australia yg lebih dikenali sebagai Australian Outback. Sepanjang perjalanan, dikiri dan kanan hanyalah ladang2 gandum yg baru saja di semai dan menghijau. Kami sampai di pekan Gulgong jam 6.30pm dan menginap di Ten Dollar Motel (kalau tak silap - resit bayaran hilang lak hehehe). Sekali lagi bab makanan halal menguji perut saya yg mana akhirnya cuma makan ikan saja sebagai makan malam.
23hb April 2009
Awal pagi saya dah bangun, sejuk jangan cakaplah. Lepas minum pagi (roti bakar, baked beans, jem dan mentega), jam 7.30am kami bertolak ke ladang pertama yg terletak didalam daerah Mudgee milik Colleen dan John Usher. Ladang mereka agak terkenal bagi peminat Red dan Black Boer. Ketibaan kami tepat jam 9.00am disambut oleh pasangan Usher. Bukan saja Usher suami isteri tapi farm manager mereka, anjing yg setia menjaga ladang dan kandang juga begitu mesra merapati saya. Hampeh...nasib baik tuan dia ada, kalau tak, mahu kena sepak je hehe. Barulah saya benar2 menyedari perbezaan nyata penternakan mereka jika dibandingkan dengan penternak di Australia yg mengamalkan konsep lepas bebas ragut. Ladang mereka yg luas seluasnya membenarkan konsep sedemikian dilaksanakan.
Puas tengok kambing2 boer mereka dari satu herds ke satu herds lagi. Apa yg pasti keluarga Usher hanya memelihara kambing boer Fullblood registered saja. Disinilah saya diajar perbezaan antara reb boer dan red kalahari. Bila dah besar keduanya hampir sama tetapi perbezaan warna bulu pada masa musim sejuk dengan mudah membezakan antara duanya dan ianya tidak kelihatan di Malaysia kerana cuaca kita yg panas sepanjang tahun. Red kalahari bulunya akan bertukar seakan berwarna perak bila musim sejuk. Kami cuma berada disini untuk 1 jam sahaja.
Daripada ladang Usher kami bergerak ke ladang satu lagi yg dimiliki oleh keluarga Peter Monaghan. Perjalanan mengambil masa 1 jam dan kami sampai jam 11.00am dan disambut oleh Peter dan Isterinya. Disinilah bermulanya tugas saya untuk membuat pemilihan kambing2 boer yg ingin saya beli dan bawa masuk ke Malaysia nanti. Selepas puas melihat-lihat, mereka membawa masuk kambing2 tersebut ke kawasan untuk membuat final sellection dan seterusnya aktiviti tagging bermula. Dan buat pertama kalinya saya dapat pengalaman menanda telinga kambing dengan nombor yg telah Norma dan Collin sediakan bagi membezakan kambing2 boer yg saya beli dengan yg dimiliki oleh penternak. Di ladang ini saya telah memilih 48 ekor kambing boer purebreed dan ada 2 ekor purebreed yg menjadi kesayangan keluarga Peter tapi dilepaskannya juga kepada saya yg dinamakan Molly dan Rainbow. Mereka sayang kerana kejinakkan 2 ekor kambing tersebut. Kami selesai kerja2 kami tepat jam 12.30 tengahari dan seterusnya dijemput untuk makan tengahari di ladang mereka. Sekali lagi Norma, Collin dan juga keluarga Peter telah bersusah payah menyediakan makanan halal saya iaitu sandwich telur hahaha....
Jam 1.00pm kami bergerak ke ladang ketiga didlam trip saya kali ini iaitu ladang yg dimiliki oleh John Harding. Sekali lagi saya berpeluang secara peribadi melakukan kerja2 biasa penternakan seperti membawa masuk kambing dari padang ragut ke kawasan pemilihan, aktiviti tagging dan sebagainya. Sayangnya kerana saya dtg berseorangan, maka kebanyakkan gambar yg dpt saya ambil tanpa saya sendiri didlmnya....adui.. Di ladang John, saya telah memilih sebanyak 22 ekor purebreed dan juga 28 ekor F2 whitehead walaupun ianya dikatakan sebagai F4 oleh John. Selepas berbincang secara baik, akhirnya 28 ekor boer whitehead itu telah Mr. John Harding lepaskan kepada saya sebagai F2 dan beliau juga bersetuju harga bagi kambing tersebut diturunkan lagi hehehe.... Walaupun dia agak bermuka masam, saya tak peduli yg penting saya dpt apa yg saya mahukan hahaha. Selesai kerja2 kami disitu, kami telah bergerak meneruskan lagi perjalanan ke Dubbo yg mengambil masa selama 3 jam dari ladang John Harding.
Kami sampai jam 7.00pm dan seterusnya menginap di Golden West Motor Inn, Dubbo. Memang biasa harga bilik semalam di kawasan2 seperti Dubbo, Gulgong dan yang lain2nya berharga sekitar AUD85.00 ke AUD99.00 dan biliknya juga agak selesa. Malam tu saya makan malam di satu bowling club. Makan udang steam dan kentang goreng je, adui..apa nak buat. Di kawasan pendalaman seperti Dubbo, malamnya agak sejuk iaitu diantara 4 ke 10 deg C. Siangnya pula diantara 14 ke 16 deg C.
24hb April 2009
Selepas sarapan pagi, kami bergerak dari Dubbo ke Tullamore untuk melawat ladang ke 4 milik Paddy yg terkenal dengan boer buck yg di panggil Mad Truck, kambing yg pernah menjadi johan karkas terbanyak. Perjalanan memakan masa selama 3 1/2 jam. Saya ada juga meminta Collin membenarkan saya memandu jika dia keletihan tapi Collin tak memberi keizinan kepada saya. Kena tabik kat mamat ni yg mampu memandu walaupun usia dia mungkin sebaya atau lebih dari ibubapa kita. Dari simpang jalan utama membawa masuk ke arah ladang Paddy tanaman gandum sedang menghijau dan saya begitu terperanjat apabila di beritahu yg keluasan ladang Paddy adalah seluas 500,000 ekar. Alahai, kita nak jaga 5 ekar ladang pun serabut hehehe.
Kami sampai jam 11.30am dan terus mengambil barang2 bagi menjalankan aktiviti yg perlu kami laksanakan. Disini kami memilih 7 ekor fullblood bucks dan 19 ekor fullblood doe dan termasuklah beberapa ekor red boer buat kegunaan sendiri di ladang kami nanti. Farm Manager di ladang Paddy begitu berdisiplin, langsung tak bergerak jika tidak di arahkan oleh ownernya. Saya ada bertanya kepada Norma berapa harga anjing sedemikian. Berpeluh dengar harganya iaitu dari AUD1,500.00 ke AUD5,000.00 sekor hehehe.
Kami selesai memilih dlm jam 2.00pm dan saya memang agak kesejukkan kerana memilih kambing masa hujan. Dengan angin dan hujan, ditambah pula musim telah beralih kepada musim sejuk, buat pertama kalinya saya menggunakan baju sejuk yg telah sekian lama tidak saya gunakan. Lepas makan tengahari iaitu sandwich telur dan kacang, seperti biasa, jam 2.45pm kami bergerak ke Nyngan yg mengambil masa 3 1/2 jam perjalanan. Kami sampai jam 6.30pm dan memilih untuk bermalam di The Country Manor Motor Inn. Saya terlalu keletihan, masa makan malam pun nak tidur tapi tahan juga kerana menghormati Norma dan Collin.
25hb April 2009
Awal pagi lagi kami sudah bertolak kerana perjalan yg agak jauh iaitu hampir 5 jam daripada Nyngan ke Brewarrina dan seterusnya ke ladang ke 5 yg kami plan lawati milik Maree dan Peter Hagerty. Kami sampai hampir tengahari dan terus saja ke kawasan pemilihan kerana rupanya bukan saja kambing yg akan saya beli perlu saya pilih dan tag-kan, akan tetapi saya perlu membantu Norma dan Collin kerana ada permintaan daripada pengimport dari Malaysia. Biarlah ianya menjadi rahsia saya dari syarikat mana, akan tetapi saya telah buat yg terbaik membantu mereka berdua. Dalam asyik memilih dan seterusnya memasang tag telinga, mesin yg mengepit kambing masa kita nak buat tagging rosak. Alahai...ada hampir 400 ekor kambing yg tak buat tag. Mahu tak mahu saya terpaksalah bertukar menjadi mekanik untuk menyelesaikan masalah yg sedang dihadapi. Nasib baik pengalaman sebagai engineer projek dapat membantu didalam hal berkaitan mekanikal yg mana bukan saja Peter sendiri tidak sedari (dia baru pertama kali membuka enjin mesin tu), rupanya belting yg menyambung antara enjin dipasang berlainan arah. Saya terpaksa memotong tapak enjin tersebut dan welding kembali agar belting tersebut dpt dipasang selari dengan roda mesin yg satu lagi. Berpeluh gak tapi selseai juga kerja2 membaiki mesin tersebut dlm masa 45 minit. Akhirnya kerja2 yg tertangguh itu dpt kami mulakan dan habiskan tanpa ada masalah lain lagi yg timbul.
Selesai kerja2 yg perlu kami bergerak ke pekan Brewarrina dan plannya bermalam di situ nanti. Rupa-rupanya Brewarrina ini pekan yg juga diduduki oleh orang asli Australia. Dah jauh ke tengah NSW rupanya saya bergerak tanpa saya sedari. Kami sampai jam 7.30pm dan kami bermalam di Brewarrina River View Motel dan buat pertama kalinya juga saya berjumpa seorang Muslim dari Fiji bernama Imran yg bekerja di motel itu sebagai Pengurus. Dan buat pertama kalinya juga saya tidak ikut serta makan malam kerana seronok dapat bercakap bersama Imran. Kami makan maggi yg memang ada didalam bag pakaian saya.
26 - 27th April 2009
Seperti biasa, awal pagi kami telah mula bergerak selepas sarapan pagi. Kami bergerak jam 8.00am untuk ke Hermidale dan seterusnya melawat ladang ke 6 milik Dawn O'Neill. Kami sampai jam 12.00 tengahari. Disepanjang perjalanan saya berselisih dengan berbagai mesin pertanian dan salah satunya yg unik kepada saya adalah seperti gambar dibawah.
Seperti biasa, awal pagi kami telah mula bergerak selepas sarapan pagi. Kami bergerak jam 8.00am untuk ke Hermidale dan seterusnya melawat ladang ke 6 milik Dawn O'Neill. Kami sampai jam 12.00 tengahari. Disepanjang perjalanan saya berselisih dengan berbagai mesin pertanian dan salah satunya yg unik kepada saya adalah seperti gambar dibawah.
Seperti sudah menjadi kebiasaan, kami terus ke dalam ladang untuk memulakan tugas2 yg sepatutnya. Di ladang Dawn, saya juga sempat membantu Norma dan Collin bagi memilih dan memasng tag bagi memenuhi order yg mereka baru terima. Hari inilah baru saya dapat merehatkan diri saya dan tidak perlu memulakan perjalanan mencari pekan untuk menginap kerana malam itu kami bermalam di rumah Dawn.
Malangnya malam tu saya kesejukkan bagai nak rak kerana letrik lak tak ada, jadi heater tak berfungsi. Asyik krem kaki saya sepanjang malam tu. Tak dapat tidur juga hehehe, abih kalau dah asyik bangun malam, camana!!!! Jam 4.30am saya dah tak boleh tidur lagi, bangun dan duduk kat ruang tamu je.
Dawn mempunyai beberapa bucks yg pada mata saya memang cantik tapi puas saya pujuk dia tak mahu jual bucks yg saya berkenan tu.
Awal pagi jam 8.00am kami bergerak ke ladang milik Denise dan David Ward iaitu ladang ke 7 dan terakhir yg kami lawati bagi trip saya kali ini. Disini juga saya hanya membantu Norma dan Collin membuat sellection bagi memenuhi jumlah order yg mereka dapat.
Kemudian kami kembali semuala ke ladang Dawn untuk mengambil barang2 kami dan seterusnya bergerak ke Dubbo sekali lagi. Kami sampai di pekan Dubbo jam 6.00pm dan seterusnya menginap di Golden West Motor Inn. Sebenarnya trip saya sudah sampai ke penghujung. Bagi memastikan yg saya cukup masa untuk sampai di Sydney, Norma telah mengambil keputusan untuk saya mengambil penerbangan domestik dari Dubbo ke Sydney pada ke-esokkan harinya. Diam tak diam rupanya saya telah bergerak sejauh 3,500km ke bahagian yg dipanggil Australian Outback. Banyak lagi perkara yg mahu saya alami tetapi masa yg terhad tidak membenarkan saya meneruskan pencarian tersebut.
Walau bagaimana pun, trip pertama kali ini telah mengajar dan memberi penjelasan jelas akan masalah2 dan halangan2 yg akan di hadapi oleh para pengimport. Jadi kepada para pembeli, mungkin kisah ini juga boleh dijadikan panduan dan pemahaman bagaimana sukarnya untuk mendapatkan kambing2 boer dan lain2nya untuk memenuhi permintaan semua. apa yg saya paparkan ini adalah secebis sahaja daripada berbagai-bagai cabaran yg lain lagi kerana sesudah sellection atau pun memilih dan seterusnya membayar harga kambing yg dipanggil Farm Gate Price, kami para pengimport perlu pula berurusan dengan transporter untuk mengambil kambing2 yg telah dipilih dan dlm kes saya ianya meliputi perjalanan 3,500km dan ianya juga akan memakan masa diantara 5 ke 7 hari sebelum dapat dihantar ke kuarantin area.
Jadi kos belian kami akan meliputi :
1) Harga kambing - Farm Gate Price
2) Harga FOB iaitu train truck kos, kurantin dan kos untuk melakukan breeding protocol
3) Airfreight cost
4) Kos permit, custom clerance di KLIA, transport ke ladang dll
Jauh lak saya dah bercerita hahaha...
28th April 2009
Jam 9.00am saya mengambil penerbangan ke Sydney melalui Dubbo yg mana perjalanannya memakan masa 1 jam penerbangan. Dari Domestik Airport, saya mengambil teksi ke Chinatown dan seterusnya check in di Aarons Hotel. Saya tak kemana-mana, cuma tidur, bangun dan tidur lagi bagi menghilangkan penat dan juga mencari makanan halal mengikut selera sendiri hehehe. Yg pasti saya puas memilih kambing iaitu sebanyak 25o ekor untuk dibawa masuk nanti.
29th April 2009
Tanpa saya sedari rupanya saya telah melalui perjalanan sejauh 3,500km. Akan tetapi hati saya puas kerana selain dapat pengalaman baru secara terus dalam hal2 berkaitan penternakan kambing boer, saya sebenarnya secara tidak langsung mengambil kesempatan untuk "berehat" daripada kerja2 yg biasa saya lakukan.
Saya berlepas pulang menaiki pesawat jam 2.00pm dan seterusnya sampai di KLIA jam 8.00pm bersama pengalaman yg tidak mungkin saya lupakan. Ianya begitu pantas buat saya, ialah daripada memulakan kerja2 pembersihan ladang dalam bulan October 2008 dan sekarang baru memasuki bulan May 2009 iaitu hanya 8 bulan dan kini saya mengimport sendiri kambing yg diperlukan. Kandang yg dulu saya fikirkan hanya sebesar 50' x 25' akan kekal sekurang-kurangnya 2 tahun pun telah saya pertingkatkan lagi dengan pembinaan kandang ke 2 yg bersaiz 40' x 60'.
17th May 2009
Saya menerima berita yg kambing2 yg saya order telah pun berada di kurantin area bagi menjalani beberapa requirement sepertimana termaktub didalam import permit. Dibawah ini adalah beberapa photo yg saya terima daripada contact saya di sana.
18th May 2009
Hari ni tadi saya ke KLIA kurantin area berjumpa dengan clearance agen kami. Selesai urusan bersama mereka, saya bergegas balik ke Melaka. Didalam perjalanan pulang, saya menerima berita yg kurang menyenangkan daripada Norma berkenaan tuanpunya ladang ke 7 yg saya lawati iaitu Denise Ward telah meninggal dunia awal pagi ini akibat daripada kemalangan jalanraya. Sementara suaminya iaitu David Ward sekarang berada di hospital di Dubbo bagi menerima rawatan dan berada didlam keadaan yg amat kritikal. Walaupun saya baru pertama kali mengenali pasangan ini, saya masih lagi terkenang kemesraan mereka semasa menerima kedatangan saya. Saya masih lagi teringan teh panas yg Denise hidangkan sementara David dok asyik membelek jam tangan kesayangan saya iaitu koleksi terhad Montblanc versi 100 tahun aniversary. Rupanya saya dan David menyimpan hobi yg sama iaitu minat menyimpan jam tangan. Yg asyik terngiang-ngiang (terdengar-dengar) di telinga saya ialah hasrat mereka berdua untuk bercuti ke Malaysia Ogos nanti dan janji mereka untuk membawakan saya plan rumah ladang mereka yg amat cantik susun aturnya.
I have lost words to write anymore. Anyway both of them are lovely friends to know. Glad to know and meet up with both of them and I will keep their video photo that I have took during my visit. To Norma and Col, I know you are very sad to lost your best friend, but yet please take care of yourself too. I'm happy to know all people that both of you has introduce to me.
Terkini - 11.30pm
InsyaAllah, jika tiada apa-apa halangan, kambing2 yg saya telah beli ini dijangka sampai pada 26hb May 2009. Bersama ini juga saya menjemputlah kepada mereka2 yg berminat untuk datang dan melawat ladang kami nanti.
Jika inginkan kambing boer daripada F2, Purebreed dan Fullblood, datanglah nanti. Tanpa deposit, tanpa perlu menunggu, tak perlu menanti kambing di airport dan anda boleh memilih sendiri kambing yg anda suka. Jemputlah datang ke ladang kami nanti. Stok adalah terhad, first come first serve.
Salam hormat dari saya.
Norman Abd Rahman
No comments:
Post a Comment