Assalamualaikum...
Sudah menjadi rutin bagi kami untuk membersihkan kandang sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kebersihan kandang amat penting kerana kandanglah menjadi tempat makan, minum, tido, berehat malah tandas bagi mereka.
Kadang kala kita terlepas pandang mengenai perkara ini. Kandang yang bersih akan menghasilkan kambing yang sihat dan cergas.
Ada beberapa pekara yang perlu dititikberatkan bagi memastikan kandang sentiasa bersih, antaranya termasuklah :
- Menyapu kandang setiap hari,
- Mencuci bahagian bawah kandang (bagi yang mempunyai kandang bersimen pada bahagian bawah) setiap hari
- Bagi yang tidak bersimen, kumpul tinja di tempat yang sesuai dan EM kan.
- Bersihkan bahagian atas kandang sekurang-kurangnya sekali sebulan.
- Sembur anti kulat.. kalau pc tu antivirus le (kami gunakan Verodin)
Pada minggu ini juga, 2 ekor ternakan kami diserang panyakit Foot Rot, ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Nurfadilah dari jabatan Veterinar negeri Melaka di atas kerjasama yang diberikan dalam memberikan rawatan. Allhamdulillah, kambing2 itu kini semakin pulih. Di sini kami sertakan sedikit info mengenai penyakit tersebut dan semoga menjadi panduan kepada kita semua.
Penyakit Buruk Kuku (Foot Rot)
Penyakit ini terjadi apabila bahagian kaki di antara kulit dan kuku menjadi buruk, reput dan berbau busuk. Kejadian ini selalunya berlaku jika ternakan ditempatkan di kawasan yang lembap dan kotor terutarna pada musim tengkujuh
Tanda-tanda
- Tanda-tanda awal adalah bengkak dan basah di celah kuku
- Berjalan dengan keadaan yang tempang
- Bahagian kaki di antara kulit dan kuku serta bahagian kuku lain akan menjadi busuk dan reput
Rawatan
- Buang/potong semua tisu-tisu kaki yang sudah busuk dan reput sehingga sampai ke tisu yang segar/sihat. Gunakan pisau yang tajam
- Kemudian rendam kaki yang telah dibersihkan/cucikan itu ke dalam cecair 10% Formalin, Kuprum Sulfat atau zink Sulfat untuk beberapa lama (3 - 5 minit)
- Sapukan krim antibiotik dan semburkan ubat mencegah lalat jika luka teruk
- Simpan ternakan tersebut di kawasan yang kering untuk 2-3 jam sebelum dilepaskan
- Lakukan rawatan-rawatan di atas untuk beberapa hari sehingga sembuh
Pencegahan
- Jaga kebersihan kawasan dan kandang
- Potong kuku selalu/kerap
- Elakkan ternakan disimpan/pelihara di kawasan yang lembap dan kotor
- Beli ternakan dari kawasan yang tidak mempunyai penyakit ini
- Adakah 'foot bath' pada musim hujan
- Asingkan ternakan yang sakit
Jenis ubat
- Cecair 10% Formalin, Kuprum Sulfat, Zink Sulfat, krim antibiotik, ubat mencegah lalat
Kandang no. 2 kami masih lagi dalam pembinaan, rasanya dah hampir 70 % kot.. jenuh jugak dok mengejar tukang nih... bole kencin manis kita dibuatnya dan Alhamdulillah sedar tak sedar anak kambing kami pun dah mencecah 21 ekor dan sihat sihat semuanya... di sini saya sertakan foto2 terkini untuk tatapan semua..
Sekian dahulu daripada kandang kambing SGI Farm...
Terima Kasih
Norman Abd Rahman
No comments:
Post a Comment