Tuesday, May 5, 2009

Selamat Hari Ibu dan Perkembangan Kandang # 2

Assalamualaikum.....

Sempena hari ibu pada bulan May ini, warga SGI Farm mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di luar sana.

Namun yang demikian, dalam menghargai jasa-jasa ibu cukupkah setakat satu hari sahaja? Sebolehnya kita sebagai umat Islam wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa. Ini boleh dilihat pada Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).

Disini saya selitkan sebuah kisah mengenai ibu untuk renungan kita bersama yang pada saya walaupun ringkas, namun mengandungi makna yang sangat mendalam.

Orang kata aku lahir dari perut Ibu.
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.

Demikianlah kisahnya. Saya sendiri bersyukur kehadrat Ilahi kerana ibu masih sihat dan InsyaAllah, selagi kudrat dikurniakan Ilahi akan saya jauhi kisah di atas dari berlaku kepada ibu. Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga....


mmmm.. emosi pulak pagi nih hehheh. Bukan apa, pagi tadi semasa perjalanan ke opis saya mendengar radio Sinar FM yang membincangkan kisah ibu. Ada pemanggil cilik berusia 12 tahun yang menceritakan kerinduannya pada ibunya yang telah bercerai dengan bapanya dan radio Sinar FM berusaha menelefon si ibu dan mereka dua beranak bercakap melepaskan rindu dalam nada yang sebak....huhuhuhuu kesian budak tuh jadi mangsa keretakan rumah tangga.

oklah, berbalik pada cerita ladang kambing pulak. Kandang kami yang #2 masih lagi dalam pembinaan dan dari pemerhatian kami kerja2 pembinaan bergerak agak lambat dan ini tentulah membimbangkan kami. Shipment dijangka pertengahan Mei ini dan kalau kandang masih tak siap haru biru dibuatnya. Di sini kami senaraikan jumlah kambing yang akan kami bawa masuk :
  1. F1/F2 : 120 ekor
  2. Purebred : 65 ekor
  3. Fullblood Does : 15 ekor
  4. Fullblood Bucks : 10 ekor
  5. Red Boer Does : 5
  6. Red Boer Buck :1

Dan dibawah ini adalah gambar kerja2 pembinaan yang harap2 siap dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.































































Sekian dahulu dari Kandang Kambing SGI Farm dan insyaAllah untuk post akan datang saya akan menceritakan pengalaman saya dalam Pengembaraan di New south Wales dalam pencarian Baka Boer terbaik dan pastinya khas untuk pelanggan2 istimewa kami.

Sekian, wassalam
Norman Abd Rahman

No comments:

Post a Comment