Wednesday, July 29, 2009

Lawatan Agroworld Ke SGI Farm

Salam semua,
Agak lama tak update blog dek kerana sibuk dengan kerja2 lain selain daripada hal2 berkaitan kambing. Biasalahkan....dek kerana perbelanjaan kita yg pelbagai maka kenalah kreatif untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.

Pada 25hb July 2009, tepat jam 2.30pm, warga SGI telah menerima kedatangan konvoi daripada Agroworld sepertimana yg telah pun mereka dan kami rancangkan. Matlamat utama konvoi ini dirancang adalah untuk memberi peluang kepada para penternak, bakal penternak dan semua yg terlibat untuk meluaskan network dan seterusnya menimba sedikit sebanyak pengalaman yg ada daripada ladang ternakan yg akan dilawati.

Bagi kami warga SGI, amat berbesar hati apabila dipilih oleh urusetia Agroworld sebagai salah satu ladang yg mereka pilih untuk dilawati oleh konvoi mereka. Terima kasih kepada Cik Mimiey yg bertungkus lumus memastikan konvoi mereka berjalan dengan lancar. Hari yg sama juga, kami mengambil kesempatan mengadakan kenduri doa selamat di sebelah pagi. Ianya dimulakan tepat jam 12.00 tengahari dan Alhamdulillah telah dihadiri oleh orang2 kampung kami secara beramai-ramai.

Dibawah ini kami selitkan beberapa gambar semasa kedatangan konvoi Agroworld ke ladang kami.


Khemah khas yg didirikan bagi menempatkan para tetamu

Tetamu menikmati makan tengahari. Yg pasti kari kambing boer kami sediakan

Periuk belanga kami pun dibukanya

Kata2 aluan dari Farm Owner & juga taklimat khas ringkas berkenaan Animal Record Practise di SGI Farm

Sesi perbincangan terbuka antara pelawat dan SGI Farm

Perbincangan yg turut disertai oleh En Hamid, Setiausaha Persatuan Penternak Kambing Bumiputera Melaka.

Peserta melakukan lawatan ke kandang-1

Sempat berborak lagi di platform

Sesi bergambar

Kami, warga SGI Farm sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada konvoi Agroworld yg telah sidu melawat ladang kami yg tidak seberapa ini. Diharap lawatan singkat ini akan dpt mengeratkan lagi hubungan kita sesama penternak. Kami juga memohon maaf andaikata ada kekurangan yg tidak disengajakan semasa kedatangan semua peserta konvoi Agroworld.

Norman Abd Rahman

No comments:

Post a Comment