Friday, July 31, 2009

Lawatan Dan Rawatan Berkala JPV Melaka

Salam semua,
Pada 30hb June 2009 yg lalu, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Melaka telah melakukan lawatan berkala ke ladang SGI Farm. Pihak JPV telah memasukkan kami, SGI Farm, ke dalam satu program iaitu skim ladang teras kalau tak silap sayalah hehehe...lupa lak.

Apa2 pun terima kasih banyak2lah kepada pihak JPV Melaka terutamanya Puan Siti dan juga 3 lagi pembantu beliau yg menghabiskan masa selama sehari untuk memberikan rawatan, melakukan suntikan vaksin, rawatan ubat cacing dan mengambil darah bagi tujuan mengesan penyakit2 seperti FMD, Brucella dan sebagainya.

Bawah ni saya selitkan beberapa gambar semasa aktiviti diatas sedang dijalankan.

Perbincangan bersama barn cordinator kami, Wak Parman. Kambing mana nak cucuk dulu hehehe

Ibu dan anak pun tak lepas, kena gak

Ni nak amik darah atau sesi soal jawab

Melawan lak dia ni

Wak ni memilih betul, Pn Siti je yg dibantu

Hidung pun kena check, bagus gak, takut ada jangkitan selsema babi hahaha

Letihnya, dah berapa ekor ek?? Kena kira balik ni

Alahai...terkentut lak

Betul ke kau kata jarum ni tak pakai lagi!!!!

Wak yg ni last ke wak!!

Kesemua kambing kami sebanyak 300 ekor selamat menjalani rawatan dan fizikal check up. InsyaAllah, keputusan dari sample darah yg diambil akan kami ketahui hujung bulan ini nanti. Harap2 tiadalah apa2 masalah, barulah kami tahu susahnya nak menjaga kambing hahaha. Apa2 pun sekali lagi ribuan terima kasih kami ucapkan kepada JPV Melaka yg sudi membantu dan memasukkan kami ke dalam program kerja bulanan mereka.

Norman Abd Rahman

No comments:

Post a Comment