Monday, January 18, 2010

Aktiviti Terbaru..............

Salam semua,
Dari minggu lepas sehinggalah hujung minggu ini, saya begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti di ladang dari membersih kandang / ladang, menerima beberapa tetamu yg melawat, pertanyaan dan pesanan keatas makanan yg kami keluarkan dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah...order untuk makanan yg kami tawarkan dari bulan ke bulan makin bertambah dan minggu lepas kami menerima single order terbesar kami hehehe. Dalam masa yg sama kami juga mula melihat permasalahan baru didalam industri penternakan iaitu penggunaan peralatan yg sesuai terutama Mixer makanan kambing dan juga mesin chopper yg benar-benar dpt memotong sehalus mungkin.

Saya bersama beberapa rakan dari bidang kejuruteraan dan fabricator akhirnya telah dpt menghasilkan Mixer bagi bancuhan makanan kambing yg amat diperlukan terutamanya penternak seperti saya. Hari ini saya telah menjalankan try run dan hasilnya amatlah memuaskan iaitu final product dpt dibancuh sehingga 95% serata didlm masa 5 minit sahaja.

Mesin pembancuh makanan ternakan

Motor 2HP single phase yg digunakan

Bahagian dalamnya yg dpt menampung 80 - 100kgs bancuhan

Begitu juga chopper yg dapat memotong sehalus 8mm saiz final product. InsyaAllah mesin ini boleh didapati didalam 3 jenis motor iaitu 2hp single phase, 5.5hp petrol engin dan 8.0hp diesel engine. Dibawah ini gambar-gambar mesin yg belum siap sepenuhnya.

Mesin chopper 4 mata pisau

Bahagian depan auto feeder yg di gerakkan oleh gear

Bahagian sebelah belakang.....tak siap sepenuhnya lagi

InsyaAllah jika segalanya berjalan lancar, saya akan war-warkannya didalam post yg akan datang. Yg pasti saya akan menggunakan produk ini dululah......tunggu................

Oklah kita layan dulu gambar-gambar kambing pula yg sempat saya ambil petang tadi semasa di ladang. Rupanya musim induk-induk di SGI beranak telah tiba lagi hehehe.

Pejantan kami dari ladang Jim Boer


Beratnya....lebih berat dari saya hehehe

Umurnya baru masuk 2 tahun

Ni anak pertama bapak diatas

Camana? Comel!!! Ada lagi yg akan lahir

Pada yg masih ragu-ragu akan keberkesanan makanan yg kami sedang promote ini, silalah melawat ladang kami untuk melihat hasilnya.

Norman Abd Rahman

No comments:

Post a Comment