Alhamdulillah, sedar tak sedar SGI Farm telah beroperasi genap setahun dan pelbagai suka dan duka telah kami lalui sepanjang setahun perjalanan kami. Dalam tempoh itu juga, pelbagai ilmu dan pengalaman yang kami perolehi samada daripada mereka yang berpengalaman dan juga daripada try n error dari kami sendiri.
Berikut adalah antara sorotan beberapa kisah yang berlaku sepanjang setahun kami beroperasi
Kalau ada yang masih ingat pada anak pertama kelahiran kandang kami (kancil) yang kini berumur hampir 6 bulan. Setelah melalui bermacam2 try n error untuk mencari formula pemakanan yang paling baik, akhirnya kami dapat merumuskan satu formula dan kaedah pemakanan yang terbaik dan ini adalah hasilnya.
Dan ini pula 5 anak cerai susu yang kami culik pakai estima tempoh hari.
Setelah 8 bulan berada di kandang kami dan melalui proses breeding, akhirnya sebahagian daripadanya berjaya dibuntingkan dan berikut adalah antara gambar2nya
Dan ini adalah buck yang bertanggungjawab membuntingkan mereka, sapa lagi kalau bukan si Jim
Dan yang terakhir adalah rupa kandang kami setelah hutan di sekelilingnya diterangkan oleh jabatan pertanian yang khabarnya akan dijadikan sawah padi.
Begitulah sedikit sebanyak apa yang berlaku sepanjang setahun nih, nak diikutkan banyak lagi tapi kita akan highlight sedikit demi sedikit. InsyAllah untuk post akan datang, saya akan upload lagi gambar2 anak cerai susu kami yang dah bulat2 semuanya
Hmmm... tak ketinggalan juga, pada sesiapa yang berminat untuk memiliki local boer terutamanya anak cerai susu, stok ada lagi.. begitu juga dengan crossbred dan purebreed... kiranya jualan akhir tahun la nih.
Menjelang Hari Raya Qurban nih SGI Farm ada juga menyediakan stok untuk jualan qurban dan sila berhubung jika berminat..
Wassalam
Norman Abd Rahman
No comments:
Post a Comment