Sunday, November 22, 2009

Anak Kambing Pusingan Ke-2 SGI Farm

Salam semua,
Alhamdulillah tepat jam 10.05am, 20hb Nov 2009, anak pertama batch ke-2 bagi sesi 2009 dari betina boer SGI Farm telah selamat dilahirkan. Anak kambing yg terhasil bagi batch ke-2 adalah hasil daripada kacukkan pejantan dan betina kami pada bulan Mei, Jun dan Julai 2009 lalu.

Kami menjangkakan sepanjang November, Disember 2009 dan Januar 2010, sebanyak 40 ke 50 kelahiran dari betina-betina boer yg kami miliki akan mula beranak. Kami juga menjangkakan akan menerima 40 ke 80 ekor anak-anak boer bagi sesi berakhir 2009 ini nanti. Jika ianya terjadi sepertimana yg kami rancangkan, bermakna bagi tahun berakhir 2009 sahaja kami bakal menerima 130 ke 150 ekor anak yg terhasil termasuklah anak-anak batch pertama dari breeding program yg kami laksanakan, syukur kepada Allah swt. Anak-anak kambing ini adalah hasil dari pejantan FB boer bersama betina-betina boer kami dari F1/F2, Purebred dan juga FB.

Inilah anak kambing pertama dari batch ke-2 kami

Bapak FB + Ibu F1/F2, berat anak 4.2kgs, anak jantan

Sementara itu, bagi pusingan ke-3 pula, kami sudah mula memasangkan 120 ekor induk betina boer kami (F1/F2, Purebred & FB) dengan 4 ekor pejantan FB kami dari bulan October 2009 lagi dan ianya akan berterusan sehinggalah bulan Disember 2009 sebelum kami merehatkan pejantan FB kami. Yg pasti selain dari pejantan FB yg kami panggil Obama dan Osama akan kami gunakan, 2 ekor pejantan FB baru kami juga akan terlibat didalam aktiviti tersebut hehehe.


Ini adalah Gajah, pejantan FB, baka Madtruck dari Moorefield

Inilah pejantan FB macho terbaru kami, John, baka dari Jim Boer Farm

Bila kami kenangkan kembali permulaan langkah kami didalam bidang penternakan ini, kami sendiri tidak menjangkakan yg kami telah bergerak begitu laju. Daripada 2 ekor pejantan FB dan juga 40 ekor betina purebred awal Januari 2009 kini telah menjadi 10 ekor pejantan FB bersama 240 ekor betina, dari satu kandang telah menjadi dua buah kandang. Semuanya kami lakukan didalam masa satu tahun. Banyak yg bertanya mengapa kami sanggup melabur sebesar ini??? Jawapannya adalah kerana keyakinan kami keatas industri penternakan tempatan.

Berdasarkan keyakinan ini dan juga motto kami iaitu New Culture For Old Industry (Budaya Baru Untuk Industri Lama), kami bulatkan tekad untuk menceburinya secara serius. Selain mementingkan jumlah pejantan dan betina yg kami ada, rekod-rekod seperti rekod kelahiran anak kambing, rekod kesihatan dan sebagainya amatlah kami ambil berat sebagai satu budaya kerja bagi menghasilkan pulangan semaksimum yg dapat.

Kandang kami awal Januari 2009

Ini saiz sekarang, November 2009

InsyaAllah kami akan terus berusaha untuk membesarkan dan seterusnya memajukan lagi perniagaan kami ini...Amin. Saya masih ingat lagi pada awal penglibatan kami, sebelum memulakan penternakan kambing, kami ada mendapatkan nasihat dan pandangan dari jabatan yg berkenaan. Malangnya apa yg kami inginkan tidak kami dapat tetapi kata-kata sinis seperti sindiran yg kami terima. Ialah kepada mereka yg terlibat di jabatan tersebut, apalah sangat tanah 1/2 ekar yg kami punyai, setakat boleh bela 2 ekor kambing. Ya, mungkin kami silap dengar kot, bukan 2 ekor kambing mereka maksudkan tetapi 2 kandang kambing agaknya hehehe.

Oklah semua, lain masa saya akan up-date lagi blog kami ini. Kepada yg masih tercari-cari anak kambing, kambing dara, kambing jantan, kambing bunting dll, kami masih lagi mempunyai stok yg boleh kami lepaskan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki kambing-kambing yg telah adopt cuaca Malaysia dengan harga mampu milik. Hand phone saya sentiasa ON bagi menerima panggilan saudara saudari semua.


Norman Abd Rahman
+6019-3242241

No comments:

Post a Comment