Monday, October 26, 2009

PEMBANTU BARU

Salam pada semua...
Alhamdulillah, pada 25 Oktober 2009, SGI Farm menerima masuk 2 orang pembantu dari seberang dan ini menjadikan kekuatan kami adalah seramai 5 orang termasuk saya. Diharapkan dengan adanya mereka ini, operasi kami dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan teratur.

Penat juga rupanya nak membawa masuk pekerja asing nih, pelbagai ragam dan sistem birokrasi yang pelik2 kami temui sepanjang berurusan dengan pihak berkuasa, namun yang pasti banyak benda yang kami belajar dan mungkin "pekara2" pelik tersebut sudah menjadi sebahagian daripada kita yang sukar untuk dikikis....alahai...... melalut pulak...


hmmm ni le dia rupa nazli dan shamsudin serta saya yang tengah buat ice breaking ngan budak2 tuh...heheheh minggu orientasi la katakan..


Pada hari minggu baru2 nih, cuaca memang elok..... panah dering orang terengganu cakap. Makanya kambing2 kat atas tu dapat le meluangkan masa bersantai ka bawah.


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk pengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan dan pelawat kami dari terutamanya Terengganu, Selangor dan Melaka sendiri. Sokongan daripada anda semua amatlah kami hargai.

Namun yang demikian, stok2 kami masih lagi available terutamanya anak2 cerai susu, purebreed does dan crosbreed doe yang semuanya sudah bersedia untuk di'mating'kan dan telah beradaptasi dengan baik. First come, first serve.........

Norman Abd Rahman

No comments:

Post a Comment