Friday, February 1, 2013

Penjadualan semula waktu memberi kambing makan


As salam dan salam sejahtera....
Aduiii hari ni D'Max saya buat hal pulak, tak boleh nak hidupkan enjin. Rupanya bateri dah kong. Terpaksalah kawan saya menemankan saya pergi meeting di Shah Alam. Terpaksa tinggalkan kereta di rumah kawan bagi menghadiri meeting. Habis meeting berkejar pula nak hantar repair di Kapar. Akhirnya jam 3pm baru sampai Melaka, tak sempat nak hantar anak yg hendak pergi kursus. Nasib baik wife boleh tolong hantarkan.




2 hari lepas, awal pagi seawal jam 7.30am saya dah diladang. Bukan apa, saya nak tukarkan waktu makan pagi untuk kambing2 saya dari jam 9.30am ke jam 8am. Pada kawan2 yg suka datang untuk melihat ragam kambing semasa makan, jadual memberi makan kambing2 saya telah ditukar seperti berikut  :
1) Makan pagi (ramuan khas kami) - 8.00am
2) Makan tengahari (rumput sahaja) - 1.00pm
3) Makan malam / petang (ramuan khas kami) - 5.30pm

Norman Bin Abd Rahman

No comments:

Post a Comment