Wednesday, January 30, 2013

Minggu yg sibuk dengan akticiti

As salam dan salam sejahtera....
Rabu minggu lepas saya ke Kedah, ada urusan kerja. Sempat jugalah saya memenuhi jemputan Dato Ir. Amiruddin, Exco Kerajaan Negeri Kedah untuk singgah ke pejabat beliau. Terima kasih Dato atas jemputan teraebut dan kesudian melayan kami. Saya ke Kedah bersama kawan semasa UiTM dulu, Mazlan.

Jam 4.30pm saya ke Jeti LKIM Kuala Kedah bagi berjumpa dengan Pengerusi Persatuan Nelayan Kedah, En Hamid Bahari. Ianya berkisar dengan peluan kerjasama yg boleh kami lakukan bersama. Pendapat, pandangan dan cadangan telah pun saya kemukan kepada merwka, skrg terserahlah kepada mereka samada menerima atau tidak. Andaikata ada rezeki kami, In Shaa Allah adalah nanti.

Dari Kedah kami turun ke Penaga untuk berjumpa dengan teman lama saya dlm permainan serama yg dikenali sebagai abg Om. Kalau dulu dia adalah pembeli utama serama dari saya tapi skrg dia merukan antara penternak serama yg berjaya termasuklah menjual serama ke peringkat antarabangsa iairu ke Bahrain. Tiba2 rasa bersemangat lak nak main serama semula hehehe. Balik saja saya terus dok cari mana2 serama yg ada lagi, manalah tahu ada yg boleh diketengahkan nanti.

Sabtu lepas pula sepupu saya berkhawin. Penuhlah kawasan rumah keluarga kami dengan sanak saudara. Aduhhh tak saya sangka yg saya telah mempunyai cucu, dah jadi atok lah saya ni. Bukan sorang tapi dah ada 30 orang cucu adoiiii. Mana taknya, adik beradik emak saya 9 orang, sepupu saya saja ada 62 orang, anak buah mahu beratus...jadilah saya Tok Long pada usia 44 tahun.

Hari ini pula selesai kami memindahkan kambing2 yg kami rasa bunting ke paddock maternity. Byk juga, lebih kurang 60 ekor. Meriahlah musim beranak akan datang yg kami jangkakan pada end Feb dan March. Dlm masa yg sama anak2 kambing yg telah cukup usia untuk diceraikan dari ibu juga dpt diselesaikan. Mengikut kiraan, kami ada 92 ekor anak2 kambing berusia dari 3-5 bulan,Alhamdulillah.

Dibawah ni ada bbrp keping gambar yg sempat saya ambil untuk tatapan semua.

Norman Bin Abd Rahman







No comments:

Post a Comment