As salam dan salam sejahtea...
Minggu lepas sepatutnya ke Kedah seawal Isnin tapi ada bbrp halangan dan ianya telah ditunda ke hari Rabu. Kebetulan ada kelapangan masa, jadi kami beramai-ramai melakukan aktiviti pembersihan dari kandang, perubatan dan keatas kambing2 seperti medicure / pedicure kuku2 mrk yg dah panjang hahaha. Berbeza dengan kambing yg berlepas meragut, kambing yg di dibela tanpa berlepas ni manja sangat. Selain makanan yg diberi perlulah cukup dan sesempurna mengikut keperluan nutrisi, ianya juga memerlukan lebih perhatian keatashal2 lain....ubat2an, vaksin, penyakit dsbnya.
Selain dari itu kami sempat juga mengumpul kambing2 yg masih menyusukan anak didlm bbrp paddock sebelum kami pisahkan keduanya. Selain dari itu ianya juga sebagai persediaan awal sebelum kami masukkan pejantan. Jadi masa inilah yg paling sesuai untuk melakukan rawatan sebelum induk2 tersebut bunting dan anak2 kambing dipisahkan.
Bagi induk2 kambing yg kami jangkakan sudah bunting, kami mula pindahkan ke paddock maternity bagi diberi perhatian lebih khusus. Bagi kami di SGI Farm
, induk2
bunting ini begitu bernilai dan penting krn ianya adalah penyebab utama kesinambungan ladang ternakan kami. Selain makanan yg lebih berkhasiat yg diberi, pengasingan awal sebegini boleh juga mengurangkan stress keatas kambing. Pada kebiasaannya induk2 SGI Farm akan dipastikan mendapat protein dan calcium yg secukupnya sebulan sebelum beranak. Alhamdulillah kesannya cukup berbaloi jika mengikut rekod kelahiran lalu bilamana kambing2 betina kami begitu bersedia semasa beranak, kurang masalah semasa beranak, kedua anak dan ibunya sihat dan cergas, ibu mempunyai kandungan susu yg mencukupi, ibu kurang mendapat masalah susu rosak, anak2 yg terhasil mempunyai badan yg tegap dan cepat membesar selain mempunyai kadar kematian yg sedikit kepada ibu dan anak2 kambing.....Alhamdulillah. Untuk musim beranak yg akan datang, kami jangkakan Feb / March ini, sebanyak 50 - 70 ekor kambing kami dijangka beranak. Persedian awal telah kami lakukan termasuklah memastikan lampu2 dikandang didlm keadaan sempurna andaikata perlu digunakan nanti terutama yg beranak malam dan awal pagi.
Minggu lepas juga kami melakukan rawatan membuang CLA atau biasa kita panggil bisul. Kalau nak ikut JPV, mrk akan nasihatkan untuk disembelih saja, entahlah...Pada saya ianya bukan masalah besar, kita rawat sajalah.
No comments:
Post a Comment