Tuesday, January 22, 2013

Tambahan stok kambing...



As salam dan salam sejahtera semua,
Ahad lepas, 20/01/2013 kami menerima kemasukkan kambing boer cross sebanyak 22 ekor lagi, Alhamdulillah.

Kambing ini kami beli dari seorang teman yg seakan telah berputus asa untuk meneruskan ternakan kambing yg baru dua tahun beliau ceburi. Kambing2 baru ini saya tempatkan di kandang 1 bagi tujuan pemantauan dan rawatan selama sebulan sebelum kami campurkan dengan lain2 kambing yg sedia ada. Boleh simpan lama untuk pemantauan kerana masih banyak ruang lagi yg belum terisi hehehe. Kalau mengikut kapasiti kandang yg ada, saya masih kekurangan kambing betina dan jantan sebanyak 160 ekor yg boleh dibawa masuk. Nak kena berusaha keras lagi nampaknya untuk mencapai jumlah 600 ekor yg saya idam2kan, In Shaa Allah. Dalam masa yg sama juga saya sedang berusaha meningkatkan lagi kapasiti dan fasiliti pengeluaran makanan ternakan. Diantara plan yg ada adalah dengan bekerjasama dengan pengeluaran makanan ternakan lain. Rupanya byk fasiliti kecilan yg ada dan salah satunya didlm perbincangan. Ialah nak sediakan fasilitinya bukan murah, kalau harganya bersesuaian, baik kami serahkan aktiviti pembuatan kpd yg mampu dan kami cuma buat packaging saja. Paling tidak dpt membantu sesama kita.

Anyway, yg paling penting kita harus terus berusaha dan jangan berputus asa.

Norman Bin Abd Rahman

No comments:

Post a Comment