Sunday, January 20, 2013

Hari santai...


As salam dan salam sejahtera...
Hari ni hari santai, hari melayan anak isteri hehehe. Selain menjengah kandang krn petang nanti kira-kira 23 ekor kambing baru akan dibawa masuk, saya nak kena susun kerja untuk mengambil rumput napier bagi persediaan sebelum saya ke Kedah.

Seperti biasa pagi ni pun ada bbrp pelawat yg dtg mencari kambing dsbnya. Pasaran untuk kambing nampaknya masih tinggi cuma kambing yg hendak ditawarkan kurang pula.

Apa pun, hari ni hari untuk keluarga. Nak kena layan anak lelaki saya yg akan mengambil peperiksaan upsr tahun ini. Macam2 gaya dia buat nak mengelak buat homework...Taufiq...Taufiq.

Post sebelum ini pula entah mana silapnya, mungkin berkaitan setting blog yg tidak sesuai menyebabkannya tidak kemas dll masalah. Nak kena study semulalah gamaknya.

Norman Bin Abd Rahman

No comments:

Post a Comment

Question and Comments