As salam dan salam sejahtera....
Baru balik dari kandang, ialah dah 3 hari tak tengok keadaannya krn sibuk dengan tugasan di Terengganu. Selain itu mengemaskan kandang-1 untuk kemasukkan 23 ekor kambing esok, In Shaa Allah.
2 hari di Terengganu atas urusan kerja. Walau pun saya sudah meninggalkan kerja2 lapangan Oil dan Gas semenjak 2008, Alhamdulillah masih ramai lagi kawan2 yg masih lagi didlm industri tersebut yg menawarkan saya peluang pekerjaan. Cuma saya agak keberatan untuk bekerja semula (buat masa ini) kecuali membantu dari sudut sebagai konsultan projek. Dan itulah yg saya lakukan, setidaknya dpt juga membantu kawan2 saya dari segi teknikal dsbnya. Untuk tahun ini saja saya telah dilantik oleh beberapa syk untuk membantu mrk. In Shaa Allah saya akan buat yg terbaik untuk syk2 tersebut.
Bila masuk awal tahun begini, perasaan saya bercampur baur krn dlm 2 tahun terdekat iaitu 2011 dan 2012 saya diberi peluang yg lama saya tunggu sekian lama iaitu melakukan umrah bersama keluarga. Skrg perasaan tu hadir lagi dan saya berharap sangat agar saya diberi Allah swt untuk kesana lagi.
Isnin, selasa dan rabu akan datang saya berkemungkinan akan ke Kedah juga untuk urusan kerja. Moga dipermudah dan diperkenankan Allah swt.
Norman Bin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment