Tuesday, January 15, 2013

Rezeki datang tiba-tiba

As salam dan salam sejahtera,
Minggu ni agak sibuk dengan urusan harian dan ladang. Sibuk krn perlu ke Kerteh Terengganu atas urusan kerja. Jadi terpaksalah membuat makanan ternakan in advance supaya tidak terganggu.

Semalam ladang kami dilawati oleh teman2 ternak senior iaitu Cikgu Halim dari Samiah Goats Farm beserta keluarga, Hj Hassan Md Dahan dan juga En Mohd Nor Ismal. Byk jugalah yg kami bincangkan terutamanya bab pemakanan kambing. Alhamdulillah mrk semua memberi sokongan yg kuat buat saya untuk meneruskan pengeluaran makanan ternakan yg sedang saya usahakan.

Kambing jantan yg sakit tempohari sudah beransur pulih, Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada JPV Melaka yg telah dtg membantu terutamanya En Azizi. Mungkin benarnya juga jantan tu terlalu aktif mengawan hahaha.

Beberapa hari ni kami sibuk mengambil batang jagung untuk dijadikan makanan buat kambing2 kami. Hari ini kami diberi rezeki oleh Allah. Dlm leka memotong batang jagung kami terlihat sekor anak kambing yg dihanyutkan air sungai diatas longgokkan sampah. Kami ambil dan mencari pemiliknya dengan bertanya orang sekeliling tapi semua tidak mengaku. Kami susuri sungai tersebut dengan harapan terjumpa mana2 kandang kambing tapi tiada. Akhirnya kami ambil keputusan bawa balik. Mungkin dah rezeki kamai dapat anak kambing, anak jantan pula tu...

Petang tadi saya di lawati boss2 Ketengah dan kami mengadakan perbincangan tentang projek yg ingin dilakukan bersama. Dan khamis ini nanri saya perlu membentangkan kertas kerja akan projek yg dicadangkan kepada pengurusan Ketengah Terengganu. Padatnya lawatan saya kali ini...rabu di PMO Kerteh dan khamisnya di Ketengah. In Shaa Allah harap segalanya berjalan lancar.

Norman Bin Abd Rahman







4 comments:

  1. Bang, cantik betul anak kambing tu. Mungkin ada makna sekiranya terus disimpan.

    By the way, semoga terus maju jaya bang norman!

    ReplyDelete
  2. As salam alwi. Mmg cantik anak kambing tu, cuma rasanya mesti hak seseorang. Kalau tahu tuannya kita bayar pun takpe. Mmg akan saya simpan, In Shaa Allah. Ni otw ke Terengganu ada urusan kerja. Anyway terima kasih atas dorongan..

    ReplyDelete
  3. haha..ada jgak kmbing dhnyutkan air sungai,den ada seekor kmbing betina dara kacukan jamnapari sesat masuk kandang.tanya-tanya sahabat penternak di kawasan ini masing2 xmengaku..simpan jela takut2 ada yang dtg menuntut,tapi sampai sekarang masih di kandang dah 1 tahun rasanya..semoga jantan boer yg sakit hari tu sihat kembali boss..:-)

    ReplyDelete
  4. Tulah...saya pun hairan. Bukan apa takut orang tuduh kita mencuri pula. Tapi bila tengok anak kambing tu jadi sayang lak hahaha. Harap2 jantan tu sembuh sediakala. Setakat ni dah tiada masalah nak bangun cuma satu lagi kaki belakang yg masih tak kuat. Harap2 tiada apa2, saya pula di Terengganu 2 hari ada kerja.

    ReplyDelete