Saturday, January 12, 2013

Jadual Penuh demi SGI Farm

As salam dan salam sejahtera,
Semalam saya dijemput untuk memberi ceramah tentang Penternakan dan Pemakanan di Kg Melekek, Alor Gajah Melaka. Rupanya ada perkumpulan biro pertanian PAS kawasan yg mana turut dihadiri oleh YB Dato' Hj Ir. Amirudin Bin Hj Hamzah, Ahli Majlis Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yg juga merupakan Pengerusi Biro Pertanian PAS Pusat.

Disamping itu ianya juga dihadiri ramai penternak senior negeri Melaka seperti Cikgu Halim, Tuan Hj Ibrahim, Tuan Hj Hassan Md Dahan (mrk bertiga ini adalah penggerak Persatuan Penternak Ruminan Melaka) dan lain2 rakan ternak. Saya hadir atas kapasiti ingin berkongsi pengalaman bersama rakan ternak yg lain. Selain YB Dato' berucap, Cikgu Halim juga memberi ceramah berkenaan penternakan kambing dan pengalaman beliau sebelum saya mengambil alih berkongsi pengalaman terutama berkaitan pemakanan ternakan. Alhamdulillah niat untuk menambah jaringan ternak dengan lain2 teman dpt saya realisasikan dan menerima sokongan dan dorongan dari mrk2 yg hadir. Ialah kita ni kira penternak junior berbanding yg lain2 tapi rupanya ramai yg mengikuti rapat perkembangan ladang ternakan kambing saya. Memang saya tak jangka, kebanyakkan tindakan dan perkembangan adang saya mereka tahu. Semasa sesi beramah mesra byk info dan pandangan yg saya dapati dari mrk. Saya sempat berbincang bersama Dato' akan potensi makanan ternakan yg boleh saya hasilkan dan beliau menjemput saya hadir ke Alor Setar bagi perbincangan lanjut. In Shaa Allah saya akan cuba hadir, manalah tahu ada peluanag lain buat saya hehehe.

Sayangnya saya tidak dpt bersam mrk sehingga petang kerana ada lawatan dari pelajar Politeknik Merlimau. Alhamdulillah setidaknya saya dpt membantu adik2 ini menyelesaikan tugasan mrk. Jujurnya saya senantiasa mengalu-alukan kedatangan rakan ternak dan sesiapa juga yg berminat untuk melawat ladang saya.


Norman Bin Abd Rahman







No comments:

Post a Comment