Sunday, February 3, 2013

Aktiviti sampingan SGI Farm


As salam dan salam sejahtera....
Walau pun aktiviti penternakan kambing berjalan lancar dan mendapat sambutan yg amat menggalakkan, peluang2 lain jika ada perlulah kita ambil juga. Ianya sedikit sebanyak dapat menambahkan sumber pendapatan. Diantara aktiviti ternakan lain yg kami lakukan terutama dlm mengoptimakan penggunaan kawasan tanah yg sedia ada adalah dengan menternak itik.

2 jenis itik yg kami bela dan ternak adalah itik nila dan itik jawa. Rupanya itik2 ni kuat makan, nasib baiklah pelet makanan itik kami hasilkan sendiri, kalau tak naya le krn harga makanan itik dip saran agak mahal iaitu sekita RM105.00 bagi 50kgs.

Setakat ini kami adalah membela lebih kurang 200 ekor dan dengan sedikit kawasan yg ada boleh ditambah ke 1000 ekor. Buat masa ini cukuplah 200 ekor dahulu melainkan ada permintaan. Jika ada sesiapa yg berminat untuk membeli itik2 yg kami ternak, harga yg kami tawarkan adalah seperti berikut  :
1)  Itik Jawa  -  RM11.00 / kg
2)  Itik nila  -  RM15.00 / kg

Harga yg ditawarkan adalah ex-farm. Bagi pembelian pukal, harga masih boleh dirunding lagi.

Norman Bin Abd Rahman







No comments:

Post a Comment