Thursday, February 7, 2013
Ya Allah....berilah aku peluang kesana lagi
As salam dan salam sejahtera....
Bulan feb dan march selalunya memberi satu perasaan yg amat berlainan secara peribadi kepada saya. Februari adalah bulan kelahiran saya. Feb dan March juga selama dua tahun berturut-turut saya diberikan kesempatan oleh Allah SWT mengunjungi dua bandar utama dan pusat untuk umat Islam iaitu Madinah dan Mekah. Dan tahun ini perasaan sama juga mula mengetuk pintu hati saya. Semakin saya fikir semakin rindunya saya rasa suasana semasa berada disana.
Ianya bertambah kuat apabila mendapat tahu bbrp teman saya skrg sedang berada disana. Ya Allah....aku senantiasa bermohon dan berdoa agar aku senantiasa diberi peluang dan kesempatan untuk menjadi tetamu Mu lagi dan lagi. Tiada satu tempat didunia ini yg mampu membuat saya mengalirkan air mata dengan hanya menjejakkan kaki selain Mekah dan Madinah.
Tahun 2011 saya melakukan umrah dengan ujian yg amat besar. Saya diuji dengan begitu hebat yg mana saya terpaksa melepaskan jawatan saya sebagai General Manager disebuah syk public listed, anak syarikat kepada Tabung Haji. Hanya kerana mahu menunaikan umrah, saya diberi pilihan samada melepaskan jawatan atau menundakan umrah yg telah saya rancang bersama keluarga. Dan saya memilih untk melepaskan jawatan saya beserta gaji lima angka dan saya tidak sesekali meragui pilihan saya sewaktu itu walaupun saya sebenarnya amat takut sewaktu itu.
Allah maha besar, Allah gantikan dengan ketenangan buat saya semasa melakukan umrah. Waktu 14 hari saya gunakan sepenuhnya terutama saya dpt melayan ibu saya 24 jam selama disana. Itulah saat yg paling bermakna dan saya rasakan waktu paling dekat saya dengan ibu. Saya yg menolak kerusi rodanya dari awal ke akhir setiap waktu dan setiap hari. Tak dapat nak gambarkan perasaan waktu itu. Selain itu umrah saya lakukan bersama ibu, isteri, anak2 dan kedua mertua.
Tahun 2012 sekali lagi saya diberi kesempatan untuk kesana sekali lagi bersama isteri, anak2, kedua menrtua dan adik ipar sekeluarga. Dan tahun ini sudah semestinya saya menanti peluang agar saya dapat kesana sekali lagi, moga Allah perkenankan.
Norman Bin Abd Rahman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment