peh!!sibuknya bulan March/April ni. Macam2 hal dan perkara perlu di buat. Kerja2 lama saya sebagai consultant didalam lapangan Oil and Gas terutama Hook-up, commissioning dan decommissioning pun tiba2 berlambak-lambak. Rezeki kot hehehe.
Tu yg sibuk keluar masuk ke Vietnam. Ada beberapa teman penternakan yg call saya tapi masa tu saya masih di luar negara, balik pun hari rabu yg lalu. 13hb April

Bila balik dari outstation, balik jengah kandang lapang dada bila melihat kerenah kambing, tu tak masuk kerenah penjaga kambing hehehe. Belek punya belek rupanya anak kambing saya dah bertambah menjadi 7 ekor dari 4 ibu yang selamat melahirkan anak2nya. Jika kelahiran pertama, kami dapat sekor anak betina, kelahiran kedua kami dapat kembar

Dengar cerita, ada teman ternak sudah pun berada di Australia bagi membawa masuk bekalan kambing baru untuk ditawarkan kepada para penternak. Laju betul teman2 ni, ialah jaringan rakan ternak yg besar yg dimiliki memungkinkan mereka bergerak laju bagi memenuhi kehendak dan keperluan para pelanggan atau penternak.
Pada teman2 yg menghantar message, email dan sms, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kepada teman2 yg sudi datang melawat seperti saudara Din, Rizuan, Mohd Nor etc kata2 semangat saudara semua amatlah saya hargai. InsyaAllah, saya sentiasa terbuka menerima kedatangan saudara semua untuk bertanya khabar atau berbincang tentang kambing hehehe. Buat saudara Zam Ternak, saya minta maaf kerana sehingga hari ini saya masih tidak dapat melawat ladang saudara. InsyaAllah sampai saya satu hari nanti.
Wassallam.
Norman Abd Rahman
No comments:
Post a Comment