Peh...lega rasanya bila dapat merehatkan diri beberapa hari. Sebenarnya saya dah berjanji ngan wife dan anak2, so Isnin lalu, 16hb March 2009 kami sekeluarga terbang ke Surabaya untuk beberapa hari bercuti dan dlm masa yg sama memantau perniagaan saya di sana. 3 hari di sana dptlah juga saya merehatkan badan dan minda dengan berjalan-jalan, pergi spa sekeluarga dan sebagainya. Kemuncaknya hari Rabu kami ke Taman Safari Malang. Dlm perjalanan ke sana sempat jugalah kami singgah melihat kampung yg musnah angkara lahar lumpur panas yg berterusan mengalir keluar hingga ke hari ini. Betapa aman damainya negara kita yg tiada bencana alam besar seperti di Indonesia.
Sesampainya saya di KLIA petang semalam, bertalu-talu sms saya terima sebaik saya on-kan handphone. Rupanya SGI Farm menerima ahli baru bilamana induk purebred kami yg di pasangkan dengan bapak fullblood telah melahirkan anaknya. Dan yg pasti menggembirakan kami, ianya kelahiran kembar pertama ladang SGI Farm, sepasang anak boer jantan dan betina.
Ibu dan anak2nya
Dengan kapasiti kambing yg hampir mencecah 70 ekor sekarang, saya tidak dpt membayangkan jika balance induk sebanyak 38 ekor lagi pun beranak....mana nak letak semua tu hehehe. Ngeri gak tu, ialah puratanya akan beranak dlm lingkungan 2 bulan dan paling kurang 38 ekor anak lagi tapi jika ada yg beranak kembar...terima ajalahkan hehehe.
Nampak gayanya stage ke-2 ladang saya perlu digerakkan secepat mungkin dan ini sudah pasti memerlukan suntikan modal tambahan...alahai nak kena koreklah mana yg ada.
Oklah nak pergi sembahyang jumaat ni. Nanti kita sambung lagi bicara. Permisi dulu hehe.
Wassallam.
Norman Abd Rahman

No comments:
Post a Comment