Lama gak saya tak menjenguk blog saya ini. Ialah sibuk sikit melayan kerenah anak2, isteri dan yg lain2nya. Alhamdulillah response terhadap blog SGI Farm ini agak memberangsangkan. Terima kasih kepada semua pelawat yg datang menjenguk blog kami ini.
Perkembangan ladang kami juga agak memberangsangkan dimana keseluruhan kambing boer betina kami kini tengah sarat bunting hehehe.. Jika ikutkan tarikh matangnya, bulan March ini saja rasanya adalah dlm 5 ke 7 ekor induk boer yg akan beranak. Jumlah keseluruhan induk boer yg menanti masa beranak adalah dlm 39 ekor, hehehe lumayan, kayo pakcik hehehe. Alhamdulillah, semuanya berkat kerja kuat kesemua ahli keluarga SGI Farm. Harap2 kesemua induk boer itu nanti selamat melahirkan anak tanpa masalah.
Bercerita tentang kambing boer ini, hari khamis yg lalu, kambing slaugther boer yg kami order telah selamat sampai ke ladang. Lega bila nampak kambing2 tersebut, ialah taklah group kami tercari-cari kambing lagi setiap jumaat untuk disediakan bagi memenuhi keperluan pasar tani kami. Kami telah selamat menerima 60 ekor boer slaughter dan di kandang kami, SGI Farm ini kami hanya menyimpan 20 ekor, yg selainnya di kandang group kami di Selangor. Jadi pada mereka yg di Melaka yg berminat untuk mendapatkan kambing slaughter ini bolehlah juga berurusan dengan kami, siapa cepat dia dapat kerana stok terhad. Average beratnya dlm +/-35kgs dan harga kami dlm lingkungan RM580.00/ekor.



Bulan March ini jugalah masa cuti sekolah datang lagi. Yg ni takdelah kena mengena dengan ladang kambing kami tapi dek kerana dok bawah pengurusan NAR Groups kami uar-uarkan jugalah. Bagi yg berkesempatan ke Melaka, jika mempunyai masa bolehlah dtg melawat butik saya. Harga yg kami tawarkan memang berpatutan dengan kualiti terbaik. Pengurusan kami mempunyai 3 rangkaian butik iaitu Kid's Zone, NAR Butik Kanak2 dan juga NAR Boutique.

So pada teman2 semua, nak ke butik kami pun boleh, ke ladang kambing kami pun boleh gak. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan teman2 semua.
Wassallam
Norman Abd Rahman
No comments:
Post a Comment