Thursday, March 5, 2009

Tanaman Napier & Doa Kesyukuran

Salam semua,
Seminggu yg lalu saya ada bercerita cara menanam napier berdasarkan pengalaman kami. Dibawah ini saya sertakan gambar benih rumput napier yg telah tumbuh setelah hanya seminggu di tanam.

Cara penanaman napier ini boleh dilakukan dlm berbagai cara, ditanam secara batas, tanpa batas, cocok saja di tanah dan sebagainya. Cuma pada kami, rasanya inilah yg terbaik bagi mendapatkan pulangan se-maksima yg boleh. Ada juga yg beranggapan jarak antara batas terbuang krn tidak dipenuhkan dengan benih napier. Saya akui ianya betul juga tapi saya melihat dari sudut yg berbeza :
1) Memudahkan penyelenggaraan semasa memotong rumput dan membaja
2) Napier dpt tumbuh subur tanpa perlukan "persaingan" antara mereka
3) Kemas dan teratur

Minggu yg sudah juga kami mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dan doa selamat buat ladang kami dan juga buat diri saya yg telah masuk ke-40 tahun, hehehe rasa tua lak. Nak bercakap ngan adik2 kecil dah kena membahasakan diri sebagai pakcik, adoi....Bacaan doa oleh bapa saudara saya dari Singapore
Potong kek kat kandang kambing hehehe
Ada teman2 yg datang dari KL, Mersing & Kuantan. TQ so muchTukang bakar sate pun kami import

Apa-apa pun terima kasihlah pada yg sempat hadir dan juga pada yg menghantar sms juga tak saya lupakan.

Norman Abd Rahman

No comments:

Post a Comment