Hari ni saya nak bercerita sedikit pengalaman kami berkaitan penanaman napier. Dengan keadaan ekonomi yg agak suram dan ditambahkan lagi dengan kenaikan kos pallet kambing, saya berpendapat bahawa pergantungan keatas rumput napier adalah antara option yg termurah jika kita mahu mengurangkan kos makanan kambing.
Cuma yg menjadi masalahnya adalah bagaimana hendak memaksimakan pengeluaran napier dengan tanah yg kita ada. Sebagai contoh SGI Farm sendiri, ialah nak mempunyai tanah yg luas seperti ladang lain jawabnya tak mampulah. Yg kami ada hanyalah tanah seluas 1 1/2 ekar. Dari pengalaman kami yg singkat iaitu sekitar 6 bulan dari tarikh bermulanya projek kambing boer kami ini, sudah berpuluh ladang yg kami lawati dan bila ditanya akan penggunaan rumput napier jika dibandingkan dengan kambing boer yg ada, berbagai teori dan juga pendapat yg diberikan. Ada yg kata jika kita mempunyai kambing boer 100 ekor, kawasan penanaman napier minima adalah dalam lingkungan 5 ekar dan sebagainya.
Kali ini saya ingin berkongsi maklumat dan pengalaman yg kami dapat daripada penasihat kami dan juga dari apa yg telah kami praktikkan. Jika dibuat atau ditanam secara betul, se-ekar tanah yg ditanam dengan benih rumput napier mampu memberi pulangan diantara 30 ke 48 tons hasil. Jumlah pengeluaran napier yg saya sebutkan adalah daripada hasil kajian yg dibuat oleh pihak UPM dan juga satu ladang kambing di Terengganu. Dan jika kita mengambil kira jumlah rumput yg diperlukan oleh 1 ekor kambing boer adalah dalam sekitar 5 kg dan dengan mengambil kiraan se-ekar 30 tons, bermakna setiap hari kita mampu memotong rumput napier sebanyak 1 ton (1000kg) dan ianya mampu menampung jumlah kambing boer sebanyak 100 ke 170 ekor. Cuma cara penanman yg betul mampu memberikan jumlah sepertimana yg saya sebutkan.
Disini saya berikan cara penanaman yg kami praktikkan agar kita dapat sama2 memaksimakan pengeluaran sumber makanan napier ini :
1) Bersihkan dan rawat kawasan tanah telah kita kenal pasti untuk penanaman benih rumput napier. Jika kita menggunakan tanah bekas sawah, maka rawatlah menggunakan kapor atau tahi ayam. Jika tidak pun gunakan saja tinja kambing yg sedia ada. Taburkan keseluruh kawasan tanah tersebut dan di rotor atau palau (sebutan orang kampung kami)
2) Kemudian jadikan batas-batas sepertimana penanaman sayur. Pada saya jika jika menanam sayur bagi sumber makanan kita, napier juga adalah 'sayur' sebagai sumber makanan kambing.
3) Benih rumput yg dipilih juga memainkan peranan. Pilihlah benih rumput napier yg telah matang. Kemudian benih rumput tersebut dipotong dengan mempunyai 2 ruas dan direndamkan semalaman atau paling lama 24 jam. Saudara akan dapati benih tersebut sudah mula bercambah. Benih rumput ini hendaklah ditanam bukannya di cucuk diatas tanah. Kedalamannya diantara 1" - 2" sahaja sudah memadai.
4) Benih rumput yg telah ditanam ini memerlukan siraman air yg secukupnya. Bagi penternak di Melaka, sekarang adalah masa yg terbaik kerana musim hujan sudah bermula. Sumber air adalah penting kepada kadar pertumbuhan yg pantas bagi penanaman rumput napier. Banyak penternak berpendapat 'ala cucuk saja benih napier dan tinggalkan kerana napier senang tumbuh dan hidup'. Saya akui ianya benar akan tetapi hasilnya nanti tidaklah sepertimana yg kita harapkan. Ini kami sendiri telah alami dengan membuat eksperimen sendiri. Yg terbaik dan termurah jika kita mempunyai sumber air percuma berdekatan seperti sungai dll.
5) Bagi menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan napier, penggunaan baja adalah perlu. Yg termurah dengan menggunakan tinja kambing kita tetapi satu cara lain adalah dengan menggunakan baja Urea K-46. Perlu diingat bahawa penggunaan baja Urea ini jika digunakan secara tidak betul boleh mendatangkan kerosakan kepada tanah kita. Kegunaan urea keatas napier adalah untuk membantu menguatkan akar benih napier itu. Caranya adalah dengan menanam urea K-46 ini sebanyak 1 sudu dengan jarak diantara 4"-6" daripada benih tersebut. Perlu diingat, benih yg telah ditanam janganlah disiram 24 jam sebelum dan 24 jam sesudah urea digunakan.
So, pada semua teman ternak, apa yg saya cerikan ini adalah berdasarkan pengalaman kami sendiri. Dibawah ini saya sertakan sekali gambar napier yg ditanam menggunakan kaedah diatas dan juga secara biasa. Rasanya tuan-tuan semua dapat menilai yg mana baik berdasarkan gambar yg tertera ini nanti.
Napier yg ditanam tanpa batasNapier yg ditanam dengan batas
Lihatlah perbezaan napier yg dirawat dan ditanam menggunakan batas dengan yg tidak menggunakan batas.
Inilah secebis pengalam yg kami dapat daripada 6 bulan secara serius menceburkan diri didalam bidang penternakan kambing boer. Saya dan juga para pembantu saya sedang berusaha mencari jalan terbaik agar bidang yg kami ceburi ini berupaya memberikan pulangan yg setimpal dengan apa yg telah kami laburkan samada dari segi pulangan hasil, masa dan sebagainya. Bukan mahu menunjuk pandai, jauh sekali mahu mengajar, akan tapi mahu berkongsi pengalaman cetek kami bersama teman-teman ternak yg lain.
Yg baik dan elok datangnya dari Allah, menjunjung sunnah nabi bagi memperkukuh ekonomi ummah.
Wassallam.
Norman Abd. Rahman
Inilah secebis pengalam yg kami dapat daripada 6 bulan secara serius menceburkan diri didalam bidang penternakan kambing boer. Saya dan juga para pembantu saya sedang berusaha mencari jalan terbaik agar bidang yg kami ceburi ini berupaya memberikan pulangan yg setimpal dengan apa yg telah kami laburkan samada dari segi pulangan hasil, masa dan sebagainya. Bukan mahu menunjuk pandai, jauh sekali mahu mengajar, akan tapi mahu berkongsi pengalaman cetek kami bersama teman-teman ternak yg lain.
Yg baik dan elok datangnya dari Allah, menjunjung sunnah nabi bagi memperkukuh ekonomi ummah.
Wassallam.
Norman Abd. Rahman
terima kasih atas perkongsian ilmu
ReplyDeletesangat berguna...terima kasih...semoga perniagaan bertambah maju dan diberkati..insyaAllah.
ReplyDeletethankz, sgt bermanafaat
ReplyDelete