Monday, February 23, 2009

Demi masa . . . . . . Kambing Boer ku


Salam semua,
Minggu lepas, 4 hari saya berada di Ho Chi Minh City, Vietnam atas urusan butik dan juga kerja2 consultant bagi projek Oil & Gas disana.

Butik2 saya yg telah lama saya tinggalkan urusan perjalanannya kepada adik saya, memerlukan produk2 baru agar sentiasa dapat bersaing di pasaran. Alhamdullillah, jika tiada apa2 halangan, jumaat ini nanti sampailah kesemua barang2 yg saya order disana. Sebelah ini adalah gambar bangunan Opera yg memang sinonim di bandar2 besar Vietnam seperti HCMC, Hanoi, Dalat, Hue dll. Walau pun sudah ratusan kali saya ke Vietnam semenjak 2001, saya secara pastinya tidak berkesempatan berjalan kesana sini walaupun tahu banyak tempat2 menarik dan bersejarah krn sudah menjadi kelaziman saya cuma duduk kat hotel saja hehehe (malas sebenarnya, panas tau). Biasalah bila kesana, sudah pasti berjumpa teman2 lama di Petronas tapi sudah ramai yg pulang ke Malaysia, Man Cina, Shahrudin dan ramai lagi semua dah takde kat sana, yg ada pun kebanyakkannya baru dan kita pun tak kenal....cepat masa berlalu. Saya sendiri pun, rupanya hujung minggu ini dah masuk 40 tahun usia, pejam celik dah tiga suku perjalanan hidup dah dilalui. Allah sajalah yg maha mengetahui.

Sehari sebelum balik ke Malaysia, saya mendapat perkhabaran yg kambing boer saya order bulan Disember 2008 sekali lagi akan delay shipmentnya. Entahlah tak tahu apa nak kata lagi. Hari jumaat tengahari saya sampai di KLIA dan terus menuju ke ladang dengan hati yg agak kecewa krn segala perancangan saya untuk ladang kambing boer saya terbantut dek kerana shipment yg dah beberapa delay. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk membeli saja kambing boer ini daripada penternak berdekatan walaupun harganya mahal sedikit, dek marah saya teruskan juga. Saya tak balik rumah lagi tapi terus ke ladang ternakan lain untuk membeli kambing boer dan hari itu juga saya beli 28 ekor induk purebred dan 2 ekor induk fullblood. Dan hari jumaat itu jugalah saya minta tuanpunya ladang menghantar kambing boer yg saya beli. Akhirnya target saya untuk memiliki 50 ekor kambing boer buat permulaan tercapai walau hanya bergantung kepada penternak berdekatan sebagai pembekal. Sebagai contoh satu ladang di Selandar, dalam diam pada 17/02/09 membawa masuk 500 ekor kambing dari Australia tanpa perlu menguar-uarkannya. Ini tidak kita berbicara pasal kambing hari2, menunggu kambing sampai dari hari ke hari. Jika pun harganya lebih, saya rasalah berbaloi daripada saya terus menanti.

Dibawah ini saya sertakan sekali gambar kambing yg baru saja menjadi penghuni SGI Farm. Ini adalah 2 ekor induk fullblood bagi penyeri ladang kami hehehe.. Walau macamana pun ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk meneruskan projek ternakan kambing boer kerana saya juga telah menggerakkan usaha2 untuk peringkat ke-2 ladang kami. Minggu lepas kami sudah memulakan projek penanaman napier diatas tanah seluar 1 ekar bersebelahan ladang kami dan semalam juga saya telah pun memanggil kontraktor bagi memberi sebut harga untuk pembinaan kandang kambing kami yg ke 2 dengan saiz 30' x 120'. Saya mensasarkan pembinaan kandang ini dapat dimulakan dalam pertengahan March atau awal April...InsyaAllah.

Wassallam.

Norman Abd Rahman

No comments:

Post a Comment