
Hari ini sejarah ladang kami tercipta apabila menerima kelahiran anak kambing boer pertama kami tepat jam 1.19pm dengan berat badan 4.6kgs semasa ditimbang selepas menerima susu pertama dari ibunya.


Bagi yg biasa ke Melaka, jika berkesempatan bolehlah datang ke butik saya di Bazar Melaka Sentral (BAR Boutique & NAR Butik Kanak2) atau berkesempatan ke Dataran Pahlawan Megamall (Kid's Zone).
So...buat semua, terima kasih saya ucapkan atas segala perangsang dan dorongan yg di berikan. Semangat saya untuk menjayakan Projek Ternakan Kambing Boer ini akan saya teruskan walau telah menerima beberapa ujian pada peringkat awal ini terutama kelewatan menerima kambing2 yg telah lama kami tempah. Diantara tindakan yg kami ambil adalah membeli dari para penternak yg ingin melepaskan kambing mereka. Pada teman2 yg mempunyai kambing boer yg lebih dan mahu dijual (Fullblood atau purebred), silalah berhubungan dengan kami. Kami masih mencari 40 ekor induk boer untuk kami penuhkan kandang pertama.
Wassallam.
Norman Abd Rahman
No comments:
Post a Comment