Wednesday, February 11, 2009

Kambing dan air

'Obama' selepas di mandikan

Salam....
Rasanya bukan saya sahaja, malahan ramai lagi diluar sana yg beranggapan kambing takutkan air hehehe. Apabila kami sendiri membuat eksperimen keatas kambing jantan kami yg di panggil Obama, ternyata tanggapan itu salah. Malahan saya dapati kambing lagi seronok dapat mandi. Akan tetapi beberapa faktor yg kami monitor agar tidak memberi kesan sampingan keatas kambing iaitu :

a) Dimandikan semasa hari panas terik seperti diantara waktu jam 1.00pm ke 3.00pm

b) Yg dikenakan air adalah bahagian badan dan tidak di kepala

Maaf, saya pun bukan tahu sangat pasal kambing tetapi saya tak takut mencuba. Mungkin ada teman2 ternak yg lebih mengetahui cara2nya dan jika dapat bolehlah berkongsi pengalaman dengan kami yg masih baru lagi.


Saya dan 2 pembantu saya (Shahrul dan Saiful) belum dan tidak pernah menyertai mana2 kursus menternak kambing. Apa yg kami lakukan adalah dari nota2 yg kami dapati dari teman2 dan juga sumber2 di internet.

Kami bernasib baik kerana byk teman2 ternak seperti abg azmi yg membantu mengajar kami dari segi ubat2an, Dr. Azhar untuk pemakanan dan yg lain2nya. Terima kasih pada semua.

Wassallam.

Norman Abd Rahman

1 comment:

  1. Salam semua,
    Saya ada masalah yg mungkin boleh kita bincang dan berkongsi pendapat dan cadangan. Saya ada order beberapa ekor kambing dari satu syarikat jika tidak silap sudah hampir 2 bulan. Sudah beberapa kali tarikh ketibaan kambing2 tersebut berubah dan terkini berubah lagi.
    Pada pandangan saya, didlm perniagaan sudah tentu ada elemen untung dan rugi. Adakalanya kita terpaksa menerima kerugian atas order yg telah pelanggan buat. Sebelum menerima order tersebut, kita sebagai pelanggan juga perlu mematuhi beberapa term and condition seperti 50% advance payment etc. Jika kita memenuhinya, jika supplier pula tidak dpt memenuhi dan menepati order yg telah dibuat, bagaimana pula? Jika kita sebagai pelanggan sahaja yg perlu mengikuti term and condition mereka, than pada saya ini adalah perjanjian yg tidak adil.
    Apa pendapat saudara semua didlm hal2 sebegini.

    ReplyDelete