Assalamualaikum.....
Pada 15 April 2009, kami sekali lagi diuji bilamana kandang kami sekali lagi dinaiki air. Kalau minggu lepas kami diuji dengan pemergian seekor purebred doe kami (anaknya sekarang dah yatim piatu....huhuhhh)...kini banjir pula menimpa. Apa nak di kata lagi, kami terima dengan hati yang redha... namun sesuatu perlu dilakukan terutama memaklumkan kepada JKK mengenai sistem perparitan yang sangat lemah. Sebenarnya masalah ini sudah lama membelenggu penduduk Bukit Rambai dan aduan demi aduan telah dilakukan... namun pihak yang berkuasa sepi tanpa berita, nak pakai Karam Sigh Walia karang dikatakan salah guna saluran.. ibarat mencurah air ke daun keladi, air habis daun tak basah...mmmmmm
Gambar di atas menceritakan segala-galanya... maka berenang-renanglah kami dalam menjalankan tugas seharian. Ada yang kuak lentang dan ada yang hanya sekadar gaya bebas, namun masing2 mementingkan skill untuk mengelak tinja kambing yang terapung-apung dibawa arus...ekekkekekek
Di kesempatan ini juga kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kumpulan dari Jabatan Haiwan negeri Melaka yang diketuai En. Subra di atas respon pantas mereka dalam usaha menyelamatkan purebred kami pada minggu yang sudah. Walaupun gagal diselamatkan, namun kami percaya ada hikmah di sebalik kejadian ini dan menyedarkan kami atas kesilapan2 kami selama ini. Walaupun punca utamanya bukanlah mastitis seperti yang kami jangka, namun banyak pekara yang kami pelajari terutamanya mengenai Mastitis itu sendiri.
Disini saya senaraikan beberapa maklumat mengenai Mastitis yang sempat kami pelajari...
Mastitis
Puncanya dipercayai akibat daripada peningkatan jumlah sel di dalam air susu yang berpunca dari bakteria Staphylococcus agalactiae, Str.dysgalactiae, Str.uberis, Str. zooepidemicus dan danaureus
Tanda-tanda:
a. merah
b. panas
c. keras
d. sakit bila disentuh
e. fungsi terganggu (produksi susu menurun )
Tanda-tanda keseluruhan
a. demam (pyrexia)
b. severe depression
c. anorexia (penurunan nafsu makan)
d. warna susu berubah warna - kuning/merah keadaannya - pekat/merah berbau. Untuk keadaan awal mastitis, tidak ada perubahan yang nyata pada susu.Penyakit hanya boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan serum.
Pencegahan
• Menjaga kebersihan kandang
• Memandikan kambing secara teratur
• Menjaga kebersihan pemerah, peralatan pemerahan, kambing sebelum pemerahan dan sesudah pemerahan
• Setelah kambing cerai susu sebaiknnya diperah sampai kering kerana sisa susu yang tidak disusu oleh anak kambing akan menjadi media bakteri yang menyebabkan peradangan.
Perubatan
Tiga jenis ubat yang disarankan iaitu Mastivet - 1, Terramycin LA atau Tylo- Combisone (sila berhubung dengan Dr. Veterinar untuk keterangan lanjut.
Secara tradisional
Bahagian tetek perlulah di'tuam' dengan menggunakan air suam dan sedikit garam. Susu juga perlu diperah secara berkala.
Sumber :
Artikel pada Blog... yang diterjemahkan bebas oleh penulis
Begitulah serba sedikit matlumat yang dapat kami kongsi dan yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang juga dari Allah yang berpunca dari kelemahan saya. Wassalam
Norman Abd Rahman.
No comments:
Post a Comment