Sunday, February 8, 2009

Kambing oh kambing.....(3)

Salam semua,
Gambar diatas adalah kambing jantan saya yg ke-2, Fullblood Stud Buck dan jika dilihat daripada sijilnya adalah berasal dari keturunan Karbo Lawrence iaitu daripada Terraweena Stud Farm.

Dlm minggu ini, kami telah menerima sebanyak 22 ekor kambing yg kami beli daripada penternak tempatan dan selain jantan diatas, yg lain2nya adalah induk purebred bagi tujuan breeding kami. Dan kami masih lagi mencari 10 ekor purebred doe, 10 ekor FB reg. doe dan 1 ekor FB Stud buck boer yg kami jangkakan dpt kami terima penghujung bulan Februari ini nanti, InsyaAllah.

Terima kasihlah kepada teman2 ternak yg tak putus2 memberi dorongan dan sokongan yg tidak berbelah bagi walau ada antaranya belum lagi bersua muka. Berbagai ragam dan cara kami telah guna, asalkan dapat kambing yg sesuai sehinggakan kereta Estima saya sendiri telah menjadi mangsa untuk diguna membawa kambing. Kalau wife saya tahu ni, masak saya dibuatnya hehehe...tapi janji kambing sampai kat ladang..kan Amirul..hehehe.Pasal dah seronok sangat nak membela kambing, pada 01/02/09 kami membeli 5 ekor anak kambing purebred untuk buat main. Gambar diatas adalah semasa kami tengah menjalankan operasi penghantaran ke kandang hehehe. Hampeh budak2 ni, tuanpunya asal kambing nak hantar keesokkan hari tapi mereka paksa nak bawa balik gak hari yg sama. Kereta aku yg jadi mangsa...Pada 05/02/09 pula kami menerima lagi 17 ekor kambing ke kandang kami...hehehe seronok punya pasal, pakai kain pelikat je masa beri makan. Tengok kambing dulu sebelum mandi, tak senonoh betul.

Setakat hari ini, target kami untuk memenuhkan kandang nampaknya berjalan lancar. Tanah sebelah kepunyaan saya yg berkeluasan 1 ekar telah pun kami bersihkan bagi tujuan penanaman rumput napier. InsyaAllah, didalam bulan ini juga kerja2 penanaman akan kami mulakan kerana target kami untuk menaikkan kandang ke-2 dpt kami penuhi sebagaimana yg telah dirancang.

So, pada teman2 ternak yg dekat mahupun jauh, kami sekali lagi mengalu-alukan kedatangan saudara ke ladang kami. Kami juga merancang untuk berjalan-jalan melawat ladang teman2 lain cuma masanya saja yg belum dpt kami pastikan.

Wassallam.

Norman Abd Rahman

No comments:

Post a Comment