Friday, February 6, 2009

Lawatan teman ternak & rakan-rakan

Salam buat semua teman ternak. Minggu lepas kami menerima begitu ramai pelawat yg datang ke ladang kami. Cuma kami agak terkilan sedikit kerana kambing2 kami belumlah sebanyak mana. Setakat hari ini cuma baru sebanyak 27 ekor dan kami masih berusaha kuat untuk menambahkan bilangan tersebut ke kuantiti yg telah kami tetapkan, InsyaAllah.

Walau apa pun halangan yg akan dan sedang kami hadapi, kedatangan teman2 ternak, kawan2 dan rakan2 telah memberi semangat dan ransangan yg kuat buat kami untuk meneruskan projek penternakan kambing boer. Terima kasih atas lawatan yg telah mereka buat ke ladang kami. Antara yg telah datang melawat kami adalah :

1) Teman penternakan - diantaranya adalah seperti saudara Rizuan Yusoff (sekarang telah bertugas di Abu Dhabi), En. Nizam, saudara Zam ternak dan juga saudara Shamsul Azam Best Farm (dengar cerita sekarang kat australia)


2) Assoc. Prof. Dr. Azhar Hj Kasim, Livestock & Wildlife Nutrition and Farming, Department Of Animal Science, Faculty Of Agriculture, Universiti Putra Malaysia.
Terima kasih Dr Azhar kerana sudi membantu kami dan juga sudi menjadi Penasihat Ladang Ternakan kami.

3) Mr. Frank Spagnolo dari Agricola Farms, West Australia. Mr. Frank merupakan salah seorang penternak yg begitu aktif di Australia amnya dan Australia Barat khasnya, yg mana saya diberitahu oleh rakan dari Australia, ladang beliau adalah seluas 5000 ekar. Thank you for visiting our small farm and we are seriously in the process of valuating your proposal to us. Semasa lawatan beliau ke ladang kami, beliau sempat juga memeriksa kambing kami yg pada pandangan kami sihat tapi beliau dapat mengesan 2 ekor dari kambing kami itu sakit sebenarnya. Byk jugalah petua, pandangan, cadangan dan pendapat dari beliau buat kami. Thank you so much.

4) Tunku Nizamuddin Bin Tunku Dato' Seri Shahabuddin yg mana saya adalah penasihat projek kepada syarikat beliau terutama dari lapangan Oil & Gas.

Ini adalah sebahagian mereka-mereka yg telah pun sampai ke ladang kami (maaf jika ada yg tertinggal), hanya ucapan ribuan terima kasih saja yg dpt kami ucapkan. Pada teman-teman yg lain, kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan saudara semua.

Norman Abd Rahman

No comments:

Post a Comment