Sunday, November 30, 2008

PICTURE GALLERY


January 2009

December 2oo8


Kerja-kerja pembinaan masih berjalan seperti biasa. Insyallah jika tiada aral melintang, kambing akan mula masuk pada awal January 2009. Pada bulan December ni, sempena bulan Qurban, banyak dugaan dan cabaran baru yang terpaksa kami tempuhi... ape taknya, bulan 12 kan musim tengkujuh....huhuhu
maka berenang-renanglah kami kat ladang tuh pada pagi raya haji.. memang syahdu.... (gambar terakhir pada 15/12/08)





November 2oo8
Pada bulan November, kerja-kerja pembinaan struktur/fasilities asas dimulakan termasuk penanaman rumput napier. Bercerita pasal rumput napier ni kitorang pasti takkan lupa perbezaan common napier dan taiwan napier sampai bila-bila. Ape taknye, penanaman pertama rumput yang dibeli dari sahabat kami Ustaz Suboh sebanyak RM 200 rupanya adalah dari jenis common napier....huhuhuhu ustaz, ustaz... nak bagi makan gajah kat zoo boleh la... tapi ini semua pengajaran bagi kami. Pembinaan pagar pun tak kurang hebat kisahnya.... haru-biru... semangat ingin menolong bangsa sendiri semakin pudar bilamana hasil kerja dari hamba Allah yang diberi kepercayaan ini macam hampeh. Mungkin itulah realitinya mengapa kita sukar untuk berjaya.........wallahualam





October 2oo8
Kerja-kerja mengukur tanah dan menambak tanah dimulakan pada pertengahan bulan October setelah urusan penentuan sempadan dilakukan di Jupem Melaka. Permulaan projek pun dah ada cabaran-cabaran yang agak men'tensen'kan kami terutamanya berurusan dengan orang yang tiada perancangan dalam kerja dan tiada skill untuk menyelesaikan masalah yang tak terjangka. Namun, disebabkan tahap kesabaran kami telah ditingkatkan ke tahap gaban, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami percaya Allah menjadikan sesuatu yang pastinya mempunyai hikmah tersendiri ( kami dapat tanah yang berkualiti dengan harga yang murah hehehehh)

No comments:

Post a Comment