Monday, December 1, 2008



Projek yang dalam pembikinan ini dimulai pada October 2008 di kawasan seluas 1/4 ekar sahaja di Kg Seberang Gajah, Bukit Rambai, Melaka. Penternakan kambing baka boer yang akan dijalankan secara intensif ini melibatkan kandang seluas 25 kaki x 50 kaki yang boleh menampung kapasiti kambing sebanyak +-180 ekor kambing bagi stage pertama. (Insyallah jika diijinkan Allah akan ada stage 2 dan 3). Selain itu, sebuah stor, rumah pekerja, Interpretif Center, Kiosk Cenderamata dan sebuah kilang memproses baja Bio Komp akan didirikan di kawasan tersebut.

Syarikat kami juga akan lebih menumpukan kepada penternakan berkonsepkan Agro-Tourism yang mana selain daripada menjalankanaktiviti penternakan, ladang ini juga akan menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik bagi memeriahkan lagi industri pelancongan di negeri Melaka ini.

Pelbagai binatang ruminan akan ditempatkan di ladang ini termasuk beberapa spesies hidupan liar bagi tujuan mendidik dan mendekatkan para pelawat dengan haiwan-haiwan ini terutamanya dalam aspek kepentingan, kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.

Antara spesies-spesies yang akan diternak termasuklah kambing Boer, pelbagai spesies rusa, arnab, landak, ayam serama dan beberapa burung tempatan dan esotik.





2 comments:

  1. Untuk pertanyaan, sila kemukakan di ruang comments atau hubungi kami di

    En. Norman : +6019-
    En. Sharul : +6019-

    Anda juga di jemput ke ladang kami di
    Lorong Celah Kedai,
    Jalan Tepi Sengai,
    Seberang Gajah,
    Melaka

    ReplyDelete
  2. Alamat ladang kami di :
    Lot 82, bt 8, Kg Seberang Gajah,
    75250 Bukit Rambai,
    melaka.

    ReplyDelete

Question and Comments