Wednesday, November 26, 2008

Perkembangan Ladang Kami

Semalam kami tinggalkan wak (panggilan untuk pembantu kami, Parman) seharian berseorangan di ladang. Saya sibuk menguruskan anak-anak yang mempunyai kelas agama dan disusuli dengan kelas matematik Kumon.

2 lagi pembantu ke KL untuk melawat kawan mereka yang ditimpa kcelakaan. Dah 4 kali keluar masuk hospital untuk menjalani pembedahan tapi sayang masih tidak berkesan. Secara jujur rasanya peluang beliau untuk berjalan semula agak malap. Lagi mengharukan beliau terlibat didalam kemalangan 2 minggu selepas melangsungkan perkahwinan. Mungkin itu suratan takdir beliau sedangkan kami masih lagi dok mencari-cari hala tuju didalam kehidupan.

Semalam petang disebabkan takde sesiapa yang mengambil wak di ladang, saya kenalah mengambilnya untuk dibawa pulang sebelum 2 pembantu saya, Sharul dan Saiful datang mengambilnya. Stress saya tengok keadaan ladang yang masih tak siap-siap kerana beberapa faktor :
1) setiap petang hujan turun yang secara langsung menjejaskan kelancaran kerja-kerja pembinaan rumah pekerja, kandang kambing etc...

2) Kontraktor kami pun satu hal, 4 orang pekerja saja yang disediakan untuk melakukan kerja-kerja pembinaan.

3) Urusan kemasukan tenaga elektrik juga adalah penyumbang kerana sehingga kini selepas seminggu masih tidak lagi mereka datang-datang memasangkannya. Ini secara tidak langsung melambatkan kerja-kerja pembinaan kerana segala kerja dilakukan secara manual.

Hari ini lagi mengharukan apabila kami dapati separuh daripada rumput napier yang kami tanam adalah dari jenis common napier dan bukannya taiwan napier. Sakitnya hati, tuhan saja yang tahu. Dari pagi tadi sehinggalah 2.30pm tadi kami mencabut dan mnggantikan balik dengan benih yang betul. Rasanya jika tak hujan, sekejab lagi kami akan ke ladang menyambung kerja menanam rumput semula.

Rasanya macam lambat sangat kerja-kerja pembinaan tu dijalankan. Esok plan nak jumpa ngan Ah Meng dan minta dia menambah pekerja agar segala yang dirancang dapat disiapkan mengikut jadual iaitu hujung bulan Disember 2008 hendak disiapkan sepenuhnya. Jika tidak rancangan untuk membawa masuk kambing dalam minggu pertama Januari 2009 akan tergendala dan secara tidak langsung peringkat ke-2 ladang perternakan kami tidak dapat kami mulakan.

Sebagaimana yang telah kami beritahu di awal post yang lalu, ladang yang kami rancang ini mempunyai 3 peringkat. Peringkat ke-2 jika mengikut perancangan kami akan kami mulai bulan Feb 2009 di lot tanah bersebelahan tanah kami ini. Kami dalam proses untuk membeli tanah tersebut dan nampaknya hampir terlaksana. Minggu lalu saya sudah pun berjumpa dan seterusnya berbincang dengan tuanpunya tanah. Harga pun lebih kurang telah dipersetujui cuma menantikan masa yang sesuai saja.

Apa yang penting sekarang peringkat prtama ini perlu kami siapkan dalam bulan ini juga agar ianya tidak menghalang peringkat ke-2 dan ke-3 dari diteruskan. Banyak orang yang merancang tapi kurang menumpukan kepada perlaksanaan. Tapi bagi saya "good plan comes with good execution".

Nanti kita sambung lagi

P/S ; Ini ayam serama kesayangan saya yang telah banyak berjasa dengan memenangi pertandingan. Adalah menjadi antara visi dan misi SG Integrated Farm untuk memperuntukkan sebahagian kecil tanah yang dirancang akan dibeli bagi menempatkan beberapa binatang yang akan kami bawa masuk. Yang pasti ianya sesuatu yang baru. Jika kita berbangga dengan Serama, di negara luar pun ada juga binatang-binatang yang kecil dan comel sebegini. Apa yang pasti kami akan menempatkan semua binatang yang kcil sebegini di "Miniature Animals Section" dan harapan kami apa yang akan kami usahakan akan dapat memberi faedah kepada semua terutama kepada generasi muda.

Norman Abd Rahman
Owner/Founder

No comments:

Post a Comment