Thursday, November 27, 2008

Dugaan Di Pagi Raya


Salam semua.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban pada semua bloggr dan juga tman2.

Pagi ni...selepas bersembahyang raya, hati saya tak berapa sedap kerana hujan semalaman tanpa henti. Jadi saya panggil pembantu2 saya untuk ke ladang. Dan apa yang saya takuti terjadi didepan mata.....

Sayu hati saya dan 2 pembantu saya....tapi kesalahan terbesar datang dari kami juga kerana lupa untuk menutup lubang saluran tandas, jadi air sungai yang sedang naik melebihi paras ladang kami mengalir terus memasuki ladang. Kesilapan kecil yang menjadi pengajaran terbesar buat kami agar sentiasa beringat dimasa depan. Suka atau pun tidak terpaksalah saya masuk ke sungai untuk menutup saluran paip tersebut. Kenalah gak di gigit pacat dan lintah.

Inilah mungkin antara cabaran2 yang akan kami hadapi selain masa yang kami kejarkan sekarang kerana plan awal semacam tak dapat kami penuhi. Ingatkan sebelum emak balik dari melakukan ibadah haji pada 17/12/08 ni dah hampir selesai semuanya tapi apakan daya rasanya tak tercapai gak niat itu. Ingat nak beri sesuatu pada emak dengan mengusahakan tanah ini. Semalam emak tepon dan beritahu yang dia akan buat wukuf. Gembira je suara emak, Alhamdulillah niat saya untuk menghantar emak ke Mekah dah tercapai tapi sayang tak sempat nak menghantar ayah kerana ayah pergi dulu menghadap ilahi tahun 2003 dimasa saya masih didalam kesusahan. Sedih pula rasanya bila teringat kat emak dan ayah masa hujan2 ni dan saya masih lagi di ladang semasa menaip catatan ini. Pada emak, InsyaAllah, hari2 man doakan emak mendapat haji yang sempurna dan pada arwah ayah, Al-Fatihah dari man. Terima kasih kerana membesarkan anak emak ayah ini sehingga menjadi sebgini. Rasanya tak terbalas jasa mak dan ayah. Ingat lagi masa dulu, saya, emak dan ayah mengusahakan tanah yang sedang saya usahakan ini. Kami tanam padi...tangkap burung ayam2 dan wak2, tangkap belalang dan menjaga kerbau. Terima kasih sekali lagi pada emak dan ayah yang menjadikan anak emak dan ayah ini seorang yang keras hati dan tabah mengharungi hari2 semasa kita susah dulu. Jika ayah ada lagi, tentu ayah akan bangga ngan apa yang saya buat sekarang.

Lari dari topik pula tapi itulah yang saya tengah rasakan sekarang. Rindu pada emak dan ayah...
Bawah ini saya sertakan gambar2 lain untuk tatapan semua. Moga ianya tak berpanjangan agar plan kami dapat dicapai.

Norman Abd Rahman
Owner/Founder

2 comments:

  1. Biasalah dugaan bang... Sapa yang nak hadap kalau bukan kita sendiri..Tapi kalau kita da success esok mesti best kalau kita ingat balik dugaan ni kan.... Hehe. Semoga success..
    One AgroImpian

    ReplyDelete
  2. Saya terima semua ini sebagai proses pembelajaran hehehe. Manisnya bila kemudian hari selepas segalanya berjalan lancar.
    Saya bersyukur kepada Allah krn perancangan saya berjalan lancar dan InsyaAllah jika tiada apa2 yang menghalang hujung bulan Disember 2008 ini siaplah apa yang saya tengah usahakan. Bolehlah awak datang melawat dan saling mengenal.

    Norman

    ReplyDelete