Saturday, July 20, 2013

Palet Makanan Ayam

As salam dan salam sejahtera,
Lama saya tak update blog dek kesibukkan kerja dan hal2 berkaitan keluarga.

Rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan buat rakan yg beragama Islam saya. Moga Ramadhan ini membawa keberkatan untk kita semua.

Alhamdulillah, SGI Farm sekali lagi mendapat peluang memperkembangkan perniagaan makanan ternakan dan kali ini didlm perniagaan makanan ayam. kami diberi peluang mengambil alih operasi sebuah kilang makanan ayam yg telah setahun tidak beroperasi. Pihak kami akan bertanaggungjawab bagi pengoperasian, pengurusan dan pemasaran keluaran dari kilang ini yg terletak di Sungai Petani, Kedah. Berkapasiti 10000 beg sebulan dan boleh dipertingkat pengeluarannya sehingga 20000 sebulan. Buat masa ini setelah sebulan beroperasi, kami telah mula membekal dan menerima pesanan dari beberapa ladang ternakan ayam dari Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Semoga apa yg sedang kami usahakan ini diberkati Allah swt...aminnnn. Matlamat utama SG Integrated Farm adalah membantu seramai mungkin penternak-penternak di Malaysia ini.

Wassallam...

Norman Bin Abd Rahman









No comments:

Post a Comment

Question and Comments