Saturday, April 13, 2013

PRODUCTION LINE BARU SGI FARM



As salam dan salam sejahtera,
Bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, SGI Farm sekali lagi telah melakukan suntikan modal bagi pembelian satu set production line yg berkapasiti 700 - 1000kgs sejam. Tindakan ini diambil setelah mengambil kira pesanan palet makanan ternakan terutamanya SGIF-R1 PKP yg melebihi daripada kapasiti pengeluaran yg ada, Alhamdulillah..

Pihak pengurusan SG Integrated Farm juga didlm proses akhir penilaian pembukaan kilang makanan ternakan berkapasiti 5 - 10 tan sejam di kawasan perindustrian Bukit Rambai, In Shaa Allah. moga dipermudahkan oleh Allah swt.

Buat rakan2 yg berterusan memberi sokongan, ribuan terima kasih saya ucapkan. Buat para pembekal dan peniaga makanan ternakan, diharap dpt bersabar sedikit masa lagi kerana kapasiti pengeluaran kami yg amat terhad iaitu 3000 beg sahaja. Diharap dpt memberi kami sedikit masa untuk meningkatkan kapasiti mengikut kemampuan kewangan yg ada.

Norman Bin Abd Rahman

No comments:

Post a Comment