Monday, January 7, 2013

Perlukan Bantuan....


As salam dan salam sejahtera,
Petang tadi sempat menjengah kandang setelah dua hari begitu sibuk dengan urusan keluarga. Sebenarnya saya kehilangan emak saudara saya yg saya panggil Mak Anjang semalam setelah bertarung nyawa kesan penyakit kanser yg beliau hidapi. Alhamdulillah jenazah beliau selamat dikebumikan pagi tadi di Felda Bukit Senggeh. Moga roh beliau aman dan tenteram disana....aminnnn

Berbalik kepada masalah kambing pejantan boer saya digambar atas. Saya mula mengesan ada sesuatu yg tidak kena beberapa hari yg lalu selepas memisahkan pejantan2 daripada betina bagi tujuan berehat. Ianya seakan menahan sakit sehingga berjalan seperti bertoncet atau berjalan dengan mengheret kaki belakang terutama kaki kanan belakang.

Disebabkan keadaannya yg mula bertambah parah, saya menghubungi JPV Melaka untuk membantu.Terima kasih saya ucapkan kepada En Azizi yg telah dtg dengan kadar segera setelah menerima panghilan saya. Saya pula tengah sibuk menguruskan pengkebumian Mak Anjang di Jasin. Pegawai JPV telah memberi suntikan (belum sempat nak tengok apa ubat yg diberikan) dan perlu saya ulangi selama empat hari berturut-turut.

Menurut kata pegawai JPV, ada 2 kemungkinan penyebab kambing jantan saya ini sakit iaitu  :
1)  kesan aktif mengawan krn umurnya yg masih muda
     atau
2)  sakit batu karang

Keadaan kambing jantan itu sihat dan kuat cuma kaki belakangnya seakan lembik. Berdiri pun menggunakan kekuatan kaki hadapan. Saya memohon jasa baik rakan ternak atau sesiapa saja yg pernah mengalami situasi sama, sudilah kiranya berkongsi pengalaman atau kaedah untuk mengatasinya.

Segala pandangan dan tunjuk ajar amatlah saya hargai.


Norman Bin Abd Rahman

6 comments:

  1. Salam, Urinary calculli. Pelet tuan tak seimbang kandungan kalsium to phosphorus ke? Nisbah patut 2:1 minimum. Wallahu'alam. Kena cek diet pejantan.

    ReplyDelete
  2. As salam,
    Terima kasih fairul krn reply. Saya sebenarnya cukup kurang menggunakan palet. Kalau guna pun cuma sebagai perasa saja. Saya sedang pantau diet semua pejantan, terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. Salam boss..den pun rasa Urinary Calculi@batu karang ni boss,tapi tak pernah terjadi lagi setakat ni di kndang den..kalau ikut ilmu sifu den Alwigoatfarm ada 2 sebab terjadi Urinary Calculi pertama stress yang berpanjangan(kebanyakan kambing import ada kes ni) dan pemberian mknn dgn nisbah Ca:P yang tak betul..mcm bro Fairul ckp nisbah 2:1..cara rawatan sperti berikut..

    Penyakit Batu Karang pada kambing:-

    Memberi secara oral ammonium chloride ( 0.2 – 0.3 gram/berat badan ) sekurang-kurangnya selama satu minggu. Kaedah ambil picagari (tiub) dan larutkan 30gm ammonium chloride dengan air. Masukkan larutan ke dalam mulut kambing melalui picagari. Ini bertujuan untuk menjadikan air kencing berasid dan melarutkan karang. Sumber vaterinar.smuga brjaya boss..:-)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih byk saudara. In Shaa Allah sedang usahakan sebagaimana di cadangkan cuma nakkan kepastian ratio air dengan ammonium chloride 0.2 - 0.3gram/berat badan berapa?

    ReplyDelete
  5. Buah pinggang dia pecah - overworked.

    ReplyDelete
  6. Saudara Mohd Haikal....harap tak le sampai tahap itu. Setakat ini keadaannya masih bertenaga, makan masih berselera dan kencingnya masih normal. Apa pun, masih memantau keadaannya setiap hari.

    ReplyDelete