Wednesday, January 9, 2013
Keadaan Terkini Pejantan Boer Saya Yg Sakit
As salam dan salam sejahtera....
Beginilah keadaan jantan boer saya yg tiba2 sakit sehingga sukar untuk bangun.
Apa yg menggembirakan hanyalah selera makan dan azam jantan ini untuk bangun masih kuat seperti biasa. Jantan ini juga kencing seperti biasa. Saya berharap sangat agar jantan ini boleh sembuh seperti sediakala. Jujurnya inilah jantan yg paling saya sayang selepas jantan Jim Boer saya dicuri orang. Sayangkan jantan ini kerana galak dan aktif. Jinak dengan saya dan andai ada orang lain dari saya masuk ke kawasannya, jantan ini agak aggresif seperti mahu menanduk.
Ada 2 hari lagi treatment iaitu melakukan suntikan yg dibekalkan JPV. Diharap jangkaan JPV yg jantan ini sakit kesan dari terlalu aghresif mengawan itu betul. Risau saya jika ianya disebabkan sakit2 lain.
Jantan ini sampai ke ladang saya bulan March 2012 lalu bersama 3 ekor lagi. Saya membelinya sebagai perancangan untuk menambahkan bilangan kambing terutama betina. Ada se-ekor tertinggal di NSW kerana tidak sihat untuk dilepaskan terbang bersama ke Malaysia. Sayangnya rancangan saya terpaksa saya tanagguhkan apabila 4 ekor pejantan awal saya di curi walau kandang ke-3 telah siap sepenuhnya. In Shaa Allah jika keadaan dan kewangan mengizinkan, saya bercadang membawa masuk betina boer F2/3/4 dari NDW March ini nanti. Plannya termasuklah menambah jantan2 yg sedia ada kepada 15 ekor agar program breeding yg kami rancangkan terlaksana.
Andaikata rancangan ini dapat saya laksanakan, matlamat untuk men
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment