Monday, December 31, 2012

Penghantaran Pesanan Pertama

As salam semua,
Alhamdulillah semalam SGI Farm telah melengkapkan pesanan pertamanya bagi membekal 5000kgs makanan burung puyuh kepada Ketengah Terengganu.

Bermula esok kami akan mula memproses pengeluaran 2 produk lagi iaitu  :
1) SGIF PKP (Palm Kennel Pellet) - 50kgs/bag
2) SGIF TCF (Total Complete Feed) - 40kgs/bag

Buat masa ini pengeluaran ini adalah terhad dek kerana mesin yg kami punyai berkemampuan untuk mengeluarkan pellet sekitar 1 - 2 tan sehari dan setakat ini ianya cukup untk menampung permintaan daripada penternak2 berdekatan termasuk juga beberapa kedai menjual makanan haiwan. Bagi permintaan khas seperti diatas, kami akan memberhentikan pengeluaran harian untuk melaksanakannya.

Dibawah adalah beberapa gambar yg sempat kami rakamkan semasa kami melengkapkan penghantaran ke Terengganu. Ribuan terima kasih kepada Ketengah Terengganu yg telah bermurah hati membuat pesanan dan yakin akan produk yg kami keluarkan.

Norman Bin Abd Rahman







No comments:

Post a Comment