Saturday, December 29, 2012

Pengeluaran Makanan Ternakan - SGIF TCF (Total Complete Feed)

As salam....
Bila lama tak update blog, byk pula perkara yg nak di kongsikan.

Antaranya yg terkini adalah pengeluaran makanan ternakan. Alhamdulillah setelah berusaha selama 2 tahun, akhir kami mengambil tindakan untuk melanur didlm perniagaan pengeluaran makanan ternakan. SGI Farm telah melabur didlm pembelian mesin2 berkaitan, bangunan, bahan mentah dan sebagainya. Sepertimana yg kita semua penternak sedia maklum, antara kos yg tertinggi didlm penternakan datangnya dari kos makanan dan Alhamdulillah kami percaya yg kami mampu mengeluarkan produk makanan ternakan didlm kos yg munasabah. Ianya secara tidak langsung dpt membantu penternak2 yg lainnya.

Alhamdulillah juga apabila produk yg kami keluarkan telah pun diuji oleh bbrp syarikat dan kami juga sudah mula menerima pesanan bagi makanan ternakan yg dihasilkan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KETENGAH Terengganu yg telah bersetuju membeli makanan untuk burung puyuh sebanyak 5000kgs. In Shaa Allah pesanannya telah siap dan akan dihantar ahad ini nanti.

Begitu juga kepada PENEGOR, Persatuan Nelayan Selangor yg telah memesan makanan untuk ikan air tawar sebanyak 2000 bags sebulan dan kontrak bekalan selama 6 bulan. Kami juga didlm proses berbincang untuk membekal kpd bbrp lagi persatuan penternakan dan kedai menjual makanan ternakan.

Saya bersyukur kepada Allah swt walaupun fasiliti untuk pembuatan makanan ternakan ini belum siap sepenuhnya, kami telah menerima pesanan dan sokongan yg amat menggalakkan.

Saya sertakan bbrp gambar berkaitan yg sempat saya ambil untuk dikongsi bersama.

Norman Bin Abd Rahman





No comments:

Post a Comment