Thursday, December 27, 2012

I'm Back.....

As salam pada semua penternak dan juga para pembaca budiman.

Alhamdulillah....lamanya saya tak update blog saya ni. Ada masalah sedikit yg perlu saya selesaikan. Menyepi diri dari penternakan? Oh tidak, malahan bertambah serius saya meneruskan perjuangan penternakan kambing boer saya. Jika dulu 2 buah kandang, sekarang telah menjadi 3 buah kandang yg telah siap sepenuhnya sepertimana gambar dibawah. Dlm kata lain, ladang saya skrg mampu memuatkan sebyk 600 ekor kambing dlm satu2 masa.

Tahun 2012 juga mencatat kenangan pahit saya selama menjadi pentwrnak kambing. 2 minggu sebelum hari raya puasa, kedua-dua pekerja ladang saya lari. Jadi dari tarikh tersebut saya terpaksalah menjaga kambing2 saya bersendirian. Awal pagi taya puasa pertama, sekali lagi saya diuji apabila ladang saya dipecah masuk pencuri dan mencuri 4 ekor pejantan fullblood boer yg saya miliki termasuklah 2 ekor seperti gambar di bawah post saya ini.

Tahun 2012 juga memberi makna yg tersendiri keoada SGI Farm bilamana selain kandang ke 3 telah disiapkan, kami juga menceburi bidang ternakan itik. Tahun ini juga, R & D yg SGI Farm lakukan dengan bantuan UPM ke atas formula makanan ternakan ruminant telah berhasil. Pihak UPM telah menjalankan ujikaji dan seterusnya merumuskan dan mengkategorikan makanan yg kami hasilkan sebagai TCF - Total Complete Feed. Bertitik tolak drpd itu, SGI Farm telah melabur dengan menyediakan fasiliti kilang pembuatan makanan ternakan berskala kecil yg mana mampu menghasilkan palet makanan ternakan sebyk 500kgs/jam. Alhamdulillah berkat usaha dan kerja keras selama ini, kami telah menerima bbrp tempahan pesanan makanan ternakan drpd bbrp syarikat seperti Ketengah Terengganu yg telah membuat pesanan makanan untuk burung puyuh sebyk 5000kgs yg akan dihantar pagi esok. Kami juga telah menerima pesanan makanan bagi ternakan ikan air tawar drpd Penegor, Persatuan Nelayan Selangor sebyk 2000 bags sebulan untuk tempoh selama 6 bulan.

Moga tahun 2013 yg akan menjelma tak lama lagi memberi lebih kejayaan. in Shaa Allah saya akan mula aktif menulis di blog SGI Farm dengan lebih kerap lagi. Sorry lah susunan gambar yg berterabur krn belum brp familiar dengan tablet yg saya gunakan.

Ok, moga ketemu lagi dilain masa dengan lain post....

Norman Bin Abd Rahman






No comments:

Post a Comment

Question and Comments