Monday, May 9, 2011

As salam dan salam sejahtera....
Pehhhh....lama betul saya tak up-date blog saya ini. Sebenarnya saya agak sibuk bekerja semula di Kuala Lumpur dan saya cuma mempunyai sabtu dan ahad untuk membahagikan masa buat keluarga, kambing, butik dll.

Disebabkan kesibukan kerja saya di pejabat, program mendirikan kandang ke-3 terpaksalah saya tunda dahulu sehingga satu masa yg sesuai nanti. Bagi tahun 2011 ini, nampaknya kami di SGI Farm telah memulakan langkah kanan seawal tahun lagi dengan penjualan anak2 kambing hasil dari ladang sendiri. Mengikut rekod kami, sehingga awal Mei 2011, kami telah menjual sebanyak 120 ekor anak2 kambing yg terhasil dari ladang kami sendiri, Alhamdulillah. Dan InsyaAllah, jika segalanya berjalan lancar, bulan Jun ini nanti kami tak sabar2 menantikan kehadiran anak2 kambing baru lagi...

Ok dibawah ini saya sertakan sekali beberapa gambar aktiviti yg kami lakukan :

A) Sesi melepaskan kambing meragut

Sebahagian Ibu Kambing kami yg baru dipisahkan dari anak2nya

Lama betul kambing2 ni tak kami lepaskan dari kandang

Lagi sebahagian ibu kambing kami yg kami dapat lepaskan meragut

B) Aktiviti membersihkan kawasan tanaman napier
Antara aktiviti yg amat penting stelah kebanyakkan napier kami mati terendam dek sikap sombong pengusaha sawah yg lebih memntingkan diri. Kami masih ingat lagi penghujung tahun 2007 masa kami memulakan projek ternakan ini. Kamilah yg paling awal mengusahakan tanah terbiar dikawasan tersebut. Selepas 2 tahun kami disini, pihak Pertubuhan Peladang Kawasan melantik seseorang bagi mnguruskan tanaman padi di sawah2 terbiar sekeliling kami. Maka bermulalah masalah2 yg berterusan sehingga kini seperti masalah air, meracun dan sebagainya. Pernah terjadi kami kematian 4 ekor ibu kambing selepas mereka meracun. Malangnya bila kami ajukan masalah yg kami hadapi, tidak ada sesiapa pun yg ambil kisah. InsyaAllah akan saya kemukan lagi dalam masa terdekat ini nanti.

Ladang napier yg sedang kami bersihkan untuk sekian kali

Jangan terperanjat....tanaman napier ini didepan rumah saya

Dari pngalaman lalu, napier akan naik dengan cantik selepas di bersihkan

C) Pembelian mesin chopper baru

Nilah rupanya mesin baru kami, 12HP, memotong dan mengisar termasuk pelepah kelapa sawit

Beroperasi dengan auto feeder, tolak sedikit aja, yg lain mesin uruskan

Pelepah sawit yg baru kami ambil bagi diproses sebagai makanan kambing kami

Bila kerja mereka jadi mudah, boleh kita aturkan kerja2 lain.....

Ni enjin diesel 12HP, memang cukup berkuasa. Ada juga yg berkuasa 18HP

Ada 2 fungsi, memotong dan mengisar

Nilah produk akhir yg terhasil. Hancur seperti serunding

D) Umrah bersama keluarga
Alhamdulillah...baru2 ini kami sekeluarga dapat menunaikan umrah dari 29/03/2011 hingga 11/04/2011. Saya, isteri, 2 anak kami, ibu saya dan ibubapa mertua dapat pergi bersama-sama. Ada kisah disebalik umrah yg saya lakukan. Saya terpaksa melepaskan jawatan saya sebagai General Manager di syarikat saya bekerja keran tidak mendapat cuti tanpa gaji. Alhamdulillah saya tetap juga pergi walau terpaksa melepaskan jawatan, InsyaAllah adalah rezeki saya yg lain nanti. Lupa lak saya...semasa kesana, salah seorang yg berada didalam rombongan umrah tersebut adalah saudara ternak kita iaitu saudara Zam dari Masjid Tanah.

Gambar kami sekeluarga semasa di Madinah, Masjid Nabawi atau Masjid Nabi

Masjid Nabawi atau Masjid Nabi waktu Maghrib

Saya dan isteri setelah selesai umrah setibanya kami dari Madinah

Masjidil Haram sewaktu Maghrib

Gambar saya berlatar belakangkan Kaabah...Alhamdulillah sampai juga kesana

Oklah saudara semua, InsyaAllah saya akan mengemaskini blog saya ini dari masa ke semasa. Ialah dah free sikit, kerja pun dah takde hehehe. Moga berjumpa di lain post....

Norman Bin Abd Rahman

No comments:

Post a Comment