Tak sanggup kami nak tengok kandang yang kosong hari2. Lebih memeritkan apabila kami sudah mula dikunjungi oleh para pelanggan, penternak dll. Mungkin kami baru dan tidak berapa tahu akan selok belok membawa kambing dari Australia tapi jika kita sebagai peniaga, setelah membayar deposit, yang kami mahu tahu ialah kedatangan kambing tepat pada waktu bukan memberi pelbagai alasan atas kelewatan yang terjadi. Ada yang meminta sehingga 50% deposit untuk mereka menerima tempahan dari penternak tapi hasilnya bagaimana pula. Cuba bayangkan jika kita invest membeli kambing berharga RM36,000.00 dan jangkaan untuk mencapai ROI (return on investment) adalah 2 tahun dan kelewatannya pula sehingga 2 bulan, maka kita telah kehilangan/kerugian sebanyak RM1,500.00 per bulan. Siapa yang nak jawab tu!!!!
Oleh kerana itu, bagi mencapai matlamat yang telah kami rancangkan sebelum bermulanya projek ternakan kambing ini, maka kami telah mengambil tindakan awal dengan membeli beberapa ekor kambing dari penternak yang sedia ada. Tindakan ini sedikit sebanyak kami harapkan akan dapat menyelesaikan isu yang kami hadapi. Alhamdulillah, hari ini tepat jam 11.35am kami telah menerima kambing2 yang telah kami beli semalam.
Dibawah ini kami sertakan beberapa gambar kambing2 yang kami beli iaitu se-ekor Registered FB Stud Buck Boer berusia 2 tahun 8 bulan dan 4 ekor Purebreed Doe Boer.




Terima kasih..
Norman Abd Rahman
Owner/Founder
No comments:
Post a Comment