Sunday, September 28, 2014

Apa Khabar semua....

As salam dan salam sejahtera pada semua pembaca dan follower blog saya. Ribuan kemaafan saya pinta kerana telah hampir setahun saya tidak mengemaskini blog saya ini krn kesibukkan kerja di ladang dan beberapa kerja lu ran lain yg saya lakukan.

Dlm setahun ini berbagai perkara telah berlaku. Ada yg manis, ada yg pahit. Ada yg berjaya dan ada juga yg kurang berjaya. Anyway hidup mesti diteruskan, cabaran datang dan pergi. Sebagai penternak tegar, semua ini bukannya penghalang kpd kita malah ianya menjadi pemangkin untuk kita lebih berjaya. Dlm kita mahu memajukan diri, ada perancangan yg kita rasa baik tapi tidak dpt diterjemahkan dengan sempurna. Adakalanya pula peluang dtg tanpa disangka. dan adakalanya dlm puas kita merancang, musibah pula yg melanda.

Didlm masa setahun saya tidak update blog ini, saya ingin kongsikan bbrp perkara yg telah dan sedang berlaku.
1) Penambahan kandang kambing dari 2 menjadi 3 buah yg mampu menampung 500 ekor kambing didlm satu masa.

2) Siapnya komplek kilang makanan ternakan palet lembu dan kambing berkapasiti 5000 beg sebulan.

3) Penambahan aktiviti perniagaan yg secara tidak langsung membantu menjana pendapatan ladang. Selain dari aktiviti jualan kambing sembelihan, aqiqah dan korban,  penjualan susu, daging kambing, daging kambing BBQ dan kambing golek/bakar telah mula kami lakukan.

4) Musibah banjir besar yg melanda ladang pada 15/08/2014 lalu.

In Shaa Allah...
Semakin hari semakin seronok melaksanakan aktiviti berkaitan kambing. Alhamdulillah semoga Allah swt permudahkan segala apa yg saya usahakan dan diberi kejayaan, aamiin...

Jumpa lagi di lain post......

Wassallam.

Norman Bin Abd Rahman








No comments:

Post a Comment