Dlm seminggu ini hampir setiap hari hujan turun di sebelah petang. Yup hujan juga suatu rahmat dari Allah.
Keadaan sungai didepan ladang kami hampir penuh. Yg menjadi masalah kepada kami di SGI Farm adalah sikap pengusaha penanam padi di kawasan sama. Mrk yg mengawal empangan samada melepaskan atau menahan aliran sungai. Adalah menjadi tanggungjawab mrk untuk membuka empangan semasa hujan agar air sungai tidak terlalu tinggi. Malangnya mrk tidak berbuat sepertimana yg sepatutnya. Kesannya ladang kami dinaiki air dan ianya bertambah buruk semenjak 2 tahun kebelakangan ini.
Sikap tidak bertanggungjawab mrk akhirnya menyebabkan kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk membuka empangan apabila hujan dan air sungai mula melimpah dari tebing. Memanga menyakitkan hati krn adakalanya kami terpaksa melakukannya di waktu malam demi menyelamatkan ladang kami dari ditenggelami air.
Kepada pengusaha tanaman padi, bertanggungjawablah keatas tugas yg sepatutnya menjadi sebahagian daripada aktiviti kamu. Jangan hanya tahu mengambil hasil sahaja. Aduan pernah saya unjurkan kpd mrk2 yg berkenaan dan jika sekali lagi berulang, janganlah menyalahkan kami nanti. Antara tindakan yg dirancang selain melanjutkan komplen ke pihak2 yg lebih berkuasa, mungkin kami akan mengunci empangan yg terlibat.
Norman Bin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment