Tuesday, March 30, 2010

Perkembangan Terbaru SGI Farm

Salam semua,
sudah agak lama kami tidak mengemas kini blog ini. Bukannya apa, kami agak sibuk dengan aktiviti ladang dan juga urusan peribadi yg perlu kami selesaikan.

Kami juga menerima beberapa panggilan telepon daripada rakan ternak akan sunyinya industri penternakan kambing akhir2 ini. Kami juga dpat mengesan akan penutupan beberapa ladang kambing di Melaka apatah lagi rakan2 ternak yg berusaha mengurangkan jumlah kambing didalam kandang masing2. Bagi penternak baru seperti kami, apa yg berlaku sedikit sebanyak merisaukan kami juga. Walau bagaimana pun, kami melihat semua ini sebagai satu bentuk cabaran bagi para penternak sebelum kita benar2 boleh berjaya didalam industri ini. Berdasarkan pengalaman kami yg cetek didalam bidang penternakan kambing, kami dapati industri penternakan ini bukanlah semudah yg disangka. Demi kesinambungan survival kami, beberapa langkah mempelbagaikan sumber pendapatan didalam industri penternakan perlulah kami lakukan seperti mengeluarkan produk makanan ternakan sendiri untuk mengurangkan kos, menjanakan pendapatan dari jualan kambing sembelihan dan sebagainya. Kami berharap agar langkah2 yg kami ambil ini nanti akan dapat membantu kami untuk terus bertapak kukuh didalam industri ternakan kambing.

Dibawah ini adalah beberapa perkembangan dan aktiviti terkini kami di SGI Farm.

1) Jualan Makanan Ternakan Kambing dan Lembu


Ni shipment kami bulan Mac, 5000kgs


Makanan ternakan tersimpan didlm tong kedap udara

Nasib baik ada yg membantu, 125 tong untuk penghantaran ini

Abg Rahman, driver kami yg sporting

***Kami baru saja menerima pesanan untuk produk makanan kambing kami ini sebanyak 7000kgs lagi untuk dihantar ke Kuantan, Pahang DM awal bulan April nanti.

2) Kelahiran Anak-anak Kambing Baru

Ni semua anak batch awal, bapaknya Obama

Usia baru nak masuk 2 minggu

Dah pandai bergaya hehehe

Ni adik kpd anak kambing pertama kami

Yg ni kembar sepasang

***Gambar diatas adalah sebahagian anak-anak kambing yg telah selamat dilahirkan. InsyaAllah jika segalanya berjalan lancar, 140 ekor ibu boer kami sedang bunting dan dijangka beranak dalam masa terdekat.

3) Pembinaan Kandang Ke-3 (35' x 40')

Kerja2 meratakan tanah bermula seminggu yg lalu

Kolam takungan

Kerja sorang je, mandur je yg ramai

Kandang 3 kecil sedikit dari kandang 2

Selepas seminggu

Minggu ni mungkin lantai bawah siap sepenuhnya

***Kandang ke-3 kami naikkan bagi menampung pertambahan kambing yg dijangkakan dari induk2 yg sedang mengandung sekarang. Dengan adanya kandang ke-3 ini matlamat kami untuk menyimpan 400 ekor ibu kambing dalam satu2 masa boleh tercapai

4) Pelaburan Terbaru Kami - Kilang Semi-D 40' x 80'

Inilah 2 unit kilang semi-D yg kami beli di IKS Tmn Merdeka, Melaka

Berdekatan kawasan perindustrian Malim dan lapangan terbang Batu Berendam


***InsyaAllah plan untuk kilang ini telah ada. Satu untuk kilang pengeluaran makanan kambing dan satu lagi bagi industri makanan sejuk beku.

Walau apa pun, kita cuma merancang, Allah saja yg akan menentukannya.....

Norman Abd Rahman

3 comments:

  1. hebat! hebat! moga allah mudahkan lagi rezeki anda.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...kami cuma berusaha, yg lainnya atas keredhaan Allah swt. Ni post lama, ada yg tercapai dengan jaya, ada yg lambat dsbnya

    ReplyDelete
  3. Assalam en. Norman,
    Saya Anuar Razali dari ANZ Livestock & Food Trading.berpengalaman sebagai penternak & penyembelih HALAL di New Zealand,menetap di sana selama lebih 9 tahun.kini saya pulang ke Malaysia membuka perniagaan sendiri dlm bidang jual/beli & import/export ternakan termasuk kambing.Di bawah saya sertakan no telefon saya:
    0136060396.
    Email: bangnuar@yahoo.com.au
    Terima kasih

    ReplyDelete